TIKET FINAL PIALA MALAYSIA 2011 KEKAL RM50 - Terengganu Vs Negeri Sembilan
Harga tiket final Piala Malaysia kekal RM50. Mahu atau tidak, penyokong Negeri Sembilan dan Terengganu harus membayar RM50 bagi sekeping tiket jika tetap berhajat menyaksikan aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
“Saya faham dengan keluhan serta rungutan di kalangan penyokong-penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan, malah kami (FAM) juga peka dengan saranan yang dibuat oleh (Menteri Belia dan Sukan) Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang meminta kami mempertimbangkan harga tiket berkenaan.
“Namun, suka saya jelaskan bahawa harga tiket ditetapkan selepas mengambil kira daripada semua aspek yang melibatkan kos seperti kos pembayaran elaun pengadil, kos penyelenggaran stadium, kos keselamatan dan beberapa lagi kos yang perlu dijelaskan.
“Lagipun, hasil penjualan tiket itu nanti akan dibahagi dua kepada pihak persatuan bola sepak negeri iaitu Negeri Sembilan dan Terengganu selepas ditolak dengan kos-kos penganjuran perlawanan akhir itu nanti.
“Ia secara tidak langsung memberikan peluang kepada penyokong-penyokong kedua-dua pasukan ini untuk menyumbang kepada tabung bola sepak negeri masing-masing,” kata Hamidin ketika dihubungi Kosmo! semalam.
“Kami telah membuat kajian bahawa selepas Singapura, Malaysia adalah negara kedua yang menjual tiket dengan harga terendah,” tambah Hamidin.
Bantahan Tiket Harga RM50 Final Piala Malaysia 2011 Terengganu Vs Negeri Sembilan
Kelmarin, sekumpulan penyokong Negeri Sembulan mengadakan bantahan secara aman di hadapan Wisma Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) serta mengedarkan risalah kepada penyokong lain supaya memboikot penjualan tiket final itu.
Pada musim lepas, harga tiket final Piala Malaysia dijual pada harga RM30 untuk tempat duduk biasa dan RM50 bagi tempat duduk grandstand.
Live Final Piala Malaysia 2011 Terengganu Vs Negeri Sembilan
Aksi final Piala Malaysia 2011 Terengganu lawan Negeri Sembilan bakal berlangsung di Stadium Shah Alam pada pukul 8.45 malam, Sabtu ini.
I rely on a free plugin for wordpress, do you?