Fasha Sandha Hilang Kereta BMW 3 Series Di Wangsa Maju

by Mejuez on December 17, 2011


Fasha Sandha Hilang Kereta BMW 3 Series!

 

Fasha SandhaSiapa Ada Nampak BMW Fasha Sandha...Sudah Hilang Laa!

Fasha Sandha Hilang Kereta Dipercayai Di Curi?

Siapa tak kenal dengan pelakon yang banyak kontroversi ni kan? Siapa lagi kalau bukan Fasha Sandha, 27, kisahnya semalam (16 Disember 2011) dikatakan beliau kehilangan keretanya jenis BMW 3 Series dan dipercayai hilang dicuri!

Malang tidak berbau, isu kejadian yang menimpa Fasha Sandha ini berlaku di tempat letak kereta berdekatan salun miliknya di Wangsa Walk semalam. (Jumaat 16 Disember 2011)

(Luahan) Fasha Sandha Hilang Kereta

"Saya akui kereta milik saya hilang dan satu laporan polis telah pun dibuat.

"Saya serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan mengenai perkara itu," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media filem Penanggal di sini, Jumaat.

Ditanya dengan lebih lanjut mengenai kehilangan kereta itu, Fasha enggan memberi sebarang ulasan sebaliknya mengelak untuk menjawab soalan wartawan.

“Hanya seringkas itu sahaja saya boleh cerita,” katanya.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kehilangan kereta aktres berkenaan.

“Berdasarkan laporan dibuat, kereta itu diletakkan di tepi Jalan Delima berhampiran Wangsa Walk dalam keadaan berkunci.

“Ketika mahu kembali ke keretanya, mangsa mendapati kereta itu hilang. Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.

Difahamkan kereta mewah yang hilang itu merupakan hadiah daripada seseorang buatnya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Fasha menjelaskan dia menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan apabila gambarnya memakai busana pengantin tersebar di laman blog yang turut dikaitkan kononnya dia ingin berumah tangga.

"Insya-Allah jika sampai jodoh saya akan berkahwin dan apabila sudah bersedia saya akan maklumkan kepada semua. Saya tidak mahu bercakap mengenainya terlalu awal," katanya.

 

Get up to speed fast on article spinning :- try it free

{ 2 comments… read them below or add one }

Fakarepain November 30, 1999 at 8:00 am

Abg Jejai x mrh ke hlang kete ni?
New Post Update Fakarepain : LEE CHONG WEI KECUNDANG DI BWF WORLD SUPER SERIES FINALMy Profile
New Post Update Fakarepain : LEE CHONG WEI KECUNDANG DI BWF WORLD SUPER SERIES FINALMy Profile

Reply

Wanz Mejuez December 18, 2011 at 3:48 am

Tak tau ler…. hehehehe
My recent post Fasha Sandha Hilang Kereta BMW 3 Series Di Wangsa Maju

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: