Suatu Malam Kubur Berasap

Cuti sekolah bulan Disember 2011 ni macam-macam aktiviti boleh kita buat. Tapi tak tau nak buat aktiviti apa kan? Anda bosan? Apa kata kita serbu pawagam 22 Disember 2011 ni untuk tonton filem SERAM KOMEDI arahan daripada Ernie Chen. Lakonan hebat daripada Angah Raja Lawak, Along Raja Lawak, Azrul Raja Lawak pasti tak kering gusi dengan gelagat mereka bertiga! Apa lagi korang fikirkan? Filem ini pasti buatkan korang tersenyum lebar bila tonton filem seram kelakar ni!
Oh yeah! Lupa nak habaq, dalam filem ni ada 5 orang bekas dalam program realiti Raja Lawak! Mereka yang dikenali sebagai Angah Raja Lawak, Along Raja Lawak, Azrul Raja Lawak, Wira Raja Lawak, dan juga Faiz Raja Lawak. Turut dihidangkan dengan pelakon seperti Zac Diamond, Nurul Ain, Zami Ismail, Ruminah Sidek dan juga Accapan.
Penulis skrip untuk filem ini hasil karya daripada Nur Farhana. Penerbit Eksekutif (Ernie Chen), Penerbit (Lili Salhani Ismail), Pengarah (Ernie Chen) dan juga crew-crew Suatu Malam Kubur Berasap.
Suatu Malam Kubur Berasap : Sinopsis
Bertempat di 'Kampung Angan Tak Sudah', filem 'Suatu Malam Kubur Berasap' ini mengisahkan cerita tentang tiga sahabat kampung iaitu Atan, Bun, Pet dan seorang sahabat dari bandar yang baru dikenali iaitu Mie.
Atan (Angah Raja Lawak) seorang yang lurus bendul, rajin, ringan tulang dan bekerja sebagai penggali kubur. Bun (Along Raja Lawak) seorang kutu rayau yang gemar merempit dengan motor kapcainya. Hampir setiap malam beliau akan mengacau gadis-gadis kilang yang baru pulang dari bekerja. Pet (Azrul Raja Lawak) merupakan pemandu lori ayam yang sering bekerja lewat malam. Beliau mempunyai suara yang sengau, suka berlagak dan bercakap besar terutamanya melibatkan perkara mistik dan hantu. Ketiga-tiga mereka sering diganggu oleh Jerdil dan Tocai, Geng Beduk, samseng kampung.
Mie (Zac Diamond) seorang lelaki yang kacak dan segak dari Kuala Lumpur, mula rapat dengan ketiga-tiga sahabat ini selepas kereta beliau rosak di kampung. Beliau mempunyai tunang bernama Lola. Sejak kedatangan Mie, pelbagai peristiwa pelik dan menakutkan berlaku. Mereka juga berkenalan dengan seorang gadis bernama Siti yang menjemput mereka ke kenduri rumahnya. Atan tertarik dengan keayuan Siti dan mula mahu mengenalinya. Mereka berempat ini juga sering diganggu oleh Hantu Cempaka. Dari mana datangnya Hantu Cempaka? Mengapa Hantu Cempaka hanya menganggu mereka? Apakah yang sebenarnya telah berlaku di Kampung Angan Tak Sudah?
via - www.suatumalamkuburberasap.com
Suatu Malam Kubur Berasap: Video Trailer
“Saya cuma mendedahkan belakang badan saya pada kru filem tetapi tidak pada penonton.
Dalam filem itu nanti penonton akan lihat belakang badan saya itu terdapat efek akar dan kudis dan ia sama sekali menutupi belakang badan saya,” katanya yang melakonkan watak wanita bernama Siti Chempaka yang mati dirogol dan dibunuh dalam filem Suatu Malam Kubur Berasap yang dijadualkan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara menjelang 22 Disember ini.
Dalam nada kesal, ujar Ain, dia tidak sangka gambar yang dirakamkan itu disebarkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab tanpa pengetahuannya.
“Saya mangsa keadaan. Saya tidak tahu bagaimana gambar itu boleh tersebar. Saya dapat tahu mengenai gambar itu juga melalui sebuah blog lantas terkejut dan sedih dengan tindakan serta komen-komen yang dilemparkan penulis tersebut kepada saya.
“Saya tidak pasti bagaimana gambar itu boleh terlepas ke tangan individu itu kerana mengikut perjanjian bersama dengan pihak produksi gambar itu hanya digunakan untuk proses suntingan poster filem Suatu Malam Kubur Berasap,” luahnya kecewa kepada Kosmo! ketika sesi fotografi yang berlangsung di Studio Utusan, Kuala Lumpur.

Mediafire
Suatu Malam Kubur Berasap Full Movie Download MKV
The award-winning set of autoblogging software.
{ 14 comments… read them below or add one }
Sama laaaaaa ngan saya.. T_T
Setuju…
nak tengok gak, hehe

New Post Update topiJerami90 : Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Kakitangan Awam 2012
New Post Update topiJerami90 : Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Kakitangan Awam 2012
Teringat pulak kes kontoversi Nurul ain…


New Post Update Jai : GAMBAR BOGEL LINDSAY LOHAN MELARISKAN JUALAN PLAYBOY
New Post Update Jai : GAMBAR BOGEL LINDSAY LOHAN MELARISKAN JUALAN PLAYBOY
xsabar nak tgk citer ni….kalau dah genre seram komedi…gelak jer la jawabnyer..haha
My recent post Semakan Keputusan GSTT Ambilan Disember 2011
Tgk jgn tak tgk.. >_<
nmpk gaya mcm best gak citer nih
My recent post Contoh Resume dan Pengalaman Interview Kerja
Best sebab ada Along , Angah dan Azrul Raja Lawak… >_< aku mesti tgk punya…
macam best jerk citer ni. tengok iklan aritu pn dah kasi gelak. =D
tak sabar nak tengok ^^
Kena tgk jgk ni.. ehehehe Alif Ba taaaa… ehehehe
pelakon yang sama filem Toyol apa tah..macam menarik..
My recent post LIVE STREAMING FINAL PIALA KELAB DUNIA FIFA 2011 SANTOS VS BARCELONA 18 DISEMBER 2011
Jangan lupa sedut link ni nanti kalau dah keluar private punya link… ahahaha
bleh challenge hntu kak limah x ni ??

New Post Update Fakarepain : MESSI RANAPKAN IMPIAN NEYMAR
New Post Update Fakarepain : MESSI RANAPKAN IMPIAN NEYMAR
Tak pasti la… yang aku tau, mama khalid punya filem memang terbaik! >_<