Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

16 Nasihat Kenapa Kita Wajib Menentang Skim Cepat Kaya

Rugi dalam pelaburan dan perniagaan tidak sama dengan rugi penggiat skim Cepat Kaya. Nama Skim pakai kaedah macam-macam, tetapi asasnya masih sama SKIM CEPAT KAYA.

Bayangkanlah mereka ini adalah siapa dan akibatnya :

1. Keluarga anda (sakit hati tak bila keluarga sendiri kena tipu?)

2. Duit yang mereka laburkan ini Hasil simpanan dari Titik peluh mereka berpuluh tahun. (Sedih)

3. Mereka meminjam duit itu dari keluarga lain, (Mungkin berlaku pertelingkahan keluarga)

4. Duit yang mereka laburkan Hasil Jualan tanah pusaka. (Pusaka disedut Oleh Puaka)

5. Duit yang dilaburkan dapat daripada pampasan PERKESO kerana sudah tidak mampu bekerja@cacat. (Bagai sudah jatuh ditimpa tangga)

6. Melabur dengan membuat pinjaman peribadi. (Menanggung hutang tanpa hasil dalam tempoh yang lama)

7. Mereka menunda pergi haji sebab gunakan Duit untuk melabur. (Punah harapan mereka)

8. Mereka meminjam Duit dengan Ah Long untuk melabur. (Dikejar & diancam Ah Long)

9. Berhenti bekerja kerana berangan dah nak jadi kaya. (Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran)

10. Berubah jadi orang yang bongkak. (Hilang kawan. Dah tersungkur kawan pon tidak mahu dekat lagi)

11. Hilang pertimbangan diri . (Jadi sakit jiwa dan tidak sayangkan diri lagi)

12. Hilang Maruah dan kepercayaan . (Agen, ketua mengutip duit orang ramai)

13. Suami isteri bergaduh. (Saling salah menyalah)

14. Jadi seorang pemarah & pendendam (Boleh bertindak di luar kawalan & undang-undang)

15. Tidak lagi berfikir halal dan haram. (Bijak pandai, Agamawan juga ada tidak terkecuali tersungkur)

16. Duit Pencen & EPF untuk saraan hari tua lesap. (Kena mengerah keringat semula waktu umur Emas)



TAHUKAH ANDA?


Semua simptom-simptom di atas adalah sama dengan kesan-kesan orang BERJUDI?


Maaf Kalau saya cakap , Masuk SKIM CEPAT KAYA sama seperti anda BERJUDI. Maaf kalau tersentap. Renungkanlah sendiri. Cuba jawab apa beza penagih dadah dengan peminum arak?


http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/suami-isteri-rugi-rm50-000-1.485636




0 comment... add one now