Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Tips 10 Cara Tingkatkan Marketing Produk Jenama Sendiri

Cara Tingkatkan Marketing Produk Jenama Sendiri

Terlalu banyak orang berniaga spam produk sana sini, dengan letak gambar sana sini. Hanya satu, mengunakan satu Account tapi pelbagai barang hendak di jual. Tapi percaya lah, terlalu banyak barang dengan bermacam macam produk serta gambar berbeza beza, mereka yang melihat akan VIEW profile anda sekali sahaja.

Ini selalu terjadi pada jualan di Instagram dan juga di fanpage facebook.Jika saya sebagai pelangan, saya melihat terlalu banyak produk bertukar tukar jenama dan rupa, saya kurang yakin untuk membeli. Sebabnya, saya kurang yakin barang yang hendak di jual itu masih ada lagi atau cuma sekadar gambar.
.
Ilmu menjual dan ilmu marketing berbeza.

Menjual kita hanya focus pada untung, tapi sebaliknya kita penat. Penat mencari pelanggan tapi dalam masa yang sama kita rasa give up dan rasa malas nak teruskan jualan.

Percayalah, Ilmu Menjual tidak menguntungkan.

Tapi kena ada cara yang betul. Kalau kita faham tentang Ilmu Marketing dan faham cara berniaga, Ilmu Menjual secara automatik jadi mudah.

Untung pun berkali kali.

Produk Jenama Sendiri


10 Tips Ilmu Marketing Untuk Tingkatkan Jualan Produk Jenama Sendiri


1. Focus Jualan Hanya Satu Produk Sahaja
Kalau jual tudung, jual tudung sahaja. Jangan jual benda lain. Kalau jual kosmetik berjenama, jual kosmetik jenama itu sahaja.

2. Buat Branding Jenama Sendiri 
Sila buat dengan gaya kreatif atas " Nama Jenama Anda " jangan pakai nama sendiri untuk account fanpage or instagram. 
Kalau jualan jenis service itu tak jadi masalah kalau mahu guna nama sendiri. Contoh jual ilmu cara berniaga, buku ebook dan sebagainya. 
Contoh, Neelofa jual tudung. Dia buat produk tudung jenama sendiri dengan jenama " Neelofar Hijab "

3. Nama Jenama Anda Jangan Panjang 
Orang sekarang cepat lupa , malas nak ingat panjang sangat. Cuba fikir SATU DUA patah perkataan dah cukup. Buat nama simple dan senang ingat!
Contoh : " Neelofar Hijab " DUA PATAH PERKATAAN! Jenama Tudung orang senang ingat, senang nak google. Jenama nama unik dan senang ingat memang mudah terindex di Google Search. 
Contoh nama jenama sendiri dengan domain " .com " sendiri  www.naelofarhijab.com

4. Beli Domain " .com " atau " .my "
Bila sudah ada branding dan sudah ada nama unik untuk satu dua patah perkataan untuk branding jenama anda sendiri. Jangan malu jangan segan, cuba beli "domain .com atau .my website" jenama anda dengan harga RM38 - RM60 setahun untuk jenis " .com ". 
Kenapa perlu ada domain sendiri? Sebab orang akan "Search" nama produk jenama anda di google. Peluang akan lebih tinggi bila nama produk anda sudah ada di page pertama dalam carian google. 
Anda boleh beli domain dekat www.yeahhost.com.my atau pun di www.godaddy.com

5. Team | Partner Berniaga | Rakan Niaga
Jika anda berniaga solo harus diingat, berniaga solo memenatkan. Andalah buat, andalah jual, andalah promosi, andalah segalanya. 
Tapi kalau adanya TEAM sendiri , kita akan rasa selesa sebab kurang satu benda untuk dikerah sampai penat. Buat TEAM ni kena slow talk , plan betul2 , buat teknik betul2 dan bincang elok2. 
TEAM kena sepakat sama. Anda cuma focus untuk membimbing team dan pengeluaran produk.

6. Bina Prospek (Kumpul Data Pelanggan) 
Ini selalu kita abaikan, tolong ingat data pelanggan adalah sesuatu yang berharga seperti nombor telefon, email, dan sebagainya. Simpan ok!!  
Ini penting untuk anda di masa akan datang. Follow up berita baru, produk baru , informasi terbaru. Senang nak hebahkan secara bulk menggunakan whatssap or email. Tapi jangan spam banyak kali, nanti orang meluat. Buat seminggu sekali.
7. Ayat Ayat Penjualan & Bahasa Penjual
Sila guna bahasa yang jelas dan perkataan yang jelas. Jangan sesekali menggunakan bahasa rojak, bahasa dan tulisan SMS, ayat yang mengelirukan dan sebagainya. Itu buatkan orang pening nak membaca berulang kali. Bina ayat simple, dan jelas maksudnya.

8. Ayat Mengoda / Lawak / Sarkastik atau Bergambar Tanda Tanya
Bina ayat yang mengoda pelanggan untuk membeli atau upload gambar unik buat orang tertanya tanya. 
Biar kan mereka tertanya tanya dan anda cuma kata, nantikan sejam dari sekarang atau keesokkan harinya. Mereka akan setia menunggu jawapan anda.

9. Bina Kemesraan Dengan Pelanggan
Buat baik dengan pelanggan, kalau mereka marah atau kurang ajar, guna ayat budi bahasa sebaik baiknya. Fikir cara penyelesaiaan dengan cepat. Beri mereka pujian, dan hormati mereka sebagai tanda sudi membeli.

10. Harga Produk Jenama Sendiri
Harga untuk produk anda haruslah berpatutan dengan harga semasa, jangan letak harga yang melampau untuk kaut untung lebih. Itu buatkan anda dan produk jenama sendiri anda akan bungkus. Jadi, pilihlah harga dan letak dengan harga berpatutan.
Produk Jenama Sendiri


Ilmu Marketing ini luas. Apa yang boleh kita buat, pastikan produk jenama sendiri yang kita hasilkan perlu dipromosi terlebih dahulu.
Biar orang kenal siapa kita, apa kita jual , apa kita buat.

Marketing / teknik pemasaran yang baik adalah dengan cara memperbesarkan lagi empayar. Buat sehabis baik untuk promosi nama jenama kita sendiri.

Biar orang kenal produk nama jenama kita sendiri, barulah orang akan ingat produk produk kita.

Anda mahu buat produk jenama sendiri? 
Tapi takde ilmu cara buat bisnes jenama sendiri? 
Sila layari : Produk Jenama Sendiri