Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Anugerah Meletop Era 2016


Anugerah MeleTop ERA 2016 - AME2016 | Astro Gempak 

Anugerah Meletop Era
Anugerah MeleTOP Era 2016

Anugerah Meletop Era 2016 | AME2016

Anugerah Meletop Era 2016 akan berlangsung pada 28 Februari 2016, siaran langsung ini akan bermula pada jam 9 Malam di Pusat Konvensyen CIDB Kuala Lumpur. AME2016 dihoskan oleh Nabil Ahmad, Neelofaa, Jihan Musa dan juga AC Mizal.

Anugerah Meletop akan bersiaran secara siaran langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan RIA HD (123) bermula jam 9 malam.


Anugerah Meletop Era

Anugerah Meletop Era ini merupakan anjuran oleh Astro dan Era FM untuk mengangkat karya seni kreatif penggiat seni hiburan tanah air kita dalam bidang muzik, radio, televisyen, filem dan digital. Pelbagai pencalonan akan bersiaran lansung pada 28 Februari 2016. Orang ramai dapat memberi sokongan mereka dengan memberi undian untuk memilih calon-calon kegemaran mereka untuk setiap kategori.

Anugerah MeleTOP Era ini terbuka khas untuk semua artis-artis tempatan ataupun luar negara yang berkarya di Malaysia, yang merangkumi bidang muzik / radio / televisyen / filem / digital.

Filem, lagu, program TV, program radio, persembahan dan video mestilah dikeluarkan / dihasilkan oleh syarikat yang diasaskan di Malaysia dan telah disiarkan buat julung kalinya di Malaysia dalam tempoh 17 November 2014 hingga 16 November 2015.

Senarai Calon Anugerah Meletop Era 2016 | AME 2016


Keputusan Pemenang Anugerah Meletop ERA 2016 | AME 2016 

1. Artis Baharu Meletop
Mira Filzah

2. Bintang Online Meletop
Dato Siti Nurhaliza

3. Couple Meletop
Johan Raja Lawak & Ozzlyn

4. Penyampai Radio Meletop
Johan Raja Lawak (Era FM)

5. Program Radio Meletop
Johara Pagi ERA

6. Grup/ Duo Meletop
Akim & The Majistret

7. Penyanyi Meletop
Ayda Jebat

8. Lagu Meletop
Siapa Diriku- Ayda Jebat

9. Program Meletop
Gegar Vaganza 2015

10. Hos Meletop
Dato AC Mizal

11. Drama Meletop
Drama M.A.I.D- Lakonan Ayda Jebat

12. Pelakon Meletop
Ayda Jebat

13. Artis Lawak Meletop
Johan Raja Lawak

14. Anugerah Khas Sepanjang Zaman
Zulkarnain Hassan- Bekas Pengulas Sukan Bola Sepak – Pingat + Trofi dan Tunai RM20,000

15. Filem MeletoP
Polis Evo- Astro Shaw

16. Bintang Filem Meletop
Zizan Razak- Filem Polis Evo

17. Fesyen Meletop
Dato’ AC Mizal

18. Anugerah Utama Meletop ERA 2016 (Lelaki dan Wanita)
Anugerah Top Top Meletop (Wanita) : Ayda Jebat
Anugerah Top Top Meletop (Lelaki) : Johan Raja Lawak

1 comment... add one now

Tanpa Nama Tanpa Nama Mac 01, 2016
Ayda Jebat menang , bolot semuaaa.. takpe asalkan dia comel aku sukaaa