Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Ilmu Menjual

Apabila kita menjual apa-apa, baik produk mahupun servis, kita menjual kepada 'orang'. Kita bukan menjual kepada 'customer' ataupun 'klien'.

Biarpun 'customer' ataupun 'klien' kita itu adalah 'jabatan' ataupun 'syarikat', kita tetap menjual kepada 'orang'.

Meskipun kita seorang jurujual, kita bukan menjual produk ataupun servis yang ditawarkan.
Kita sebenarnya menjual diri kita sendiri. Kita menjual diri kita kepada orang itu yang dipanggil 'customer' ataupun 'klien'.

Apabila kita menjual diri sendiri, ingat perkara-perkara ini:

+  Jadilah seorang jurujual yang mempunyai personaliti menarik. Biar customer kita seronok dengan kehadiran kita. Jangan sampai orang itu berasa bosan. Apabila dia bosan, payahlah kita hendak membuat dia tertarik kepada produk ataupun servis kita.

+  Kembangkan daya intelek kita. Belajar bercakap dan bertukar-tukar pendapat dengan customer secara yang pintar dan bijaksana.

+  Jaga sopan santun apabila berada dengan customer dan klien. Gunakan peraturan budaya tinggi. Hormati kata-kata, pandangan serta pendapat customer dan klien. Apabila setuju, cakap. Apabila tidak setuju, diam, simpan dalam hati.

+  Jangan tunjuk kita lebih pandai, biarpun kita memang lebih pandai. Jangan mengajar-ajar customer dan klien. Jangan berikan nasihat, melainkan dia sendiri yang memintanya.

Hasil tips daripada : Puan Ainon Mohd


.

0 comment... add one now