Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Nasihat Pengajaran Hidup Anak Muda

Untuk sedia maklum, ini adalah idea penulisan daripada Amir Syahir tentang pengajaran hidup dan nasihat Yuran Ketidakpandaian anak muda tenang kehidupan mereka. 

Antara yuran ketidakpandaian yang selalu anak muda buat ialah ;

1. Kahwin 
Bila nak kahwin je mesti nak buat pembiayaan peribadi. Ada yang nak buat pinjaman sampai RM50K untuk kahwin. Nanti lepas kahwin kena bayar RM500++ tiap bulan selama 10 tahun. 

Apa salahnya kalau dah jumpa bakal jodoh terus buat tabung kahwin, setiap bulan buat simpan RM500 dekat Tabung Haji atau buat ASB Financing sebelum kahwin. Lepas kahwin tiada hutang.

Yuran ketidakpandaian: 
Hutang RM50K, bayar bulanan RM500++ kepada bank selama 10 tahun.


2. Beli Kereta
Kalau rasa nak beli kereta dengan ada bajet RM600 sebulan, apa salahnya simpan RM600 dalam Tabung Haji ataupun buat ASB Financing RM100K. 

Lepas 3 tahun dapat RM24K++ boleh beli kereta terpakai tempatan secara tunai tanpa hutang. Kalau idamkan kereta Honda, tampal saja logo Honda dekat stereng tu. Biar tampal logo asalkan kereta itu kita punya bukan kereta kepunyaan bank.

Yuran ketidakpandaian: 
RM60K, bulanan RM600++ selama 9 tahun.


3. Suka Berhutang
Kalau nak beli kehendak mesti nak bayar guna ansuran. Misalnya televisyen yang skrin besar dan nipis tu. 

Apa salahnya kalau simpan sikit-sikit dan beli setelah cukup duit. Mana tahu, masa tengah menyimpan tu, datang inspirasi rasa rugi je beli barang tu. Terus tak jadi beli lalu simpan untuk buat tabung duit pendahuluan rumah.

Yuran ketidakpandaian: 
RM4000, bulanan RM200++ selama 2 tahun.


Biarlah kita tengok kawan kita tiap-tiap minggu lepak kedai kopi mahal.

Biarlah kita hanya like gambar kawan kita baru beli kereta Ford Fiesta. Siap dia up gambar nampak stereng kereta lagi.  
Biarlah kita hanya tumpang bahagia kawan kita buat majlis kahwin ada 5 khemah. Kek setinggi menara.


Untuk mendapatkan kebijaksanaan, kau kena bayar yuran kebijaksanaan

Antara yuran kebijaksanaan yang perlu dibayar ; 

KEINGINAN , KESUNGGUHAN DAN KOMITMEN
Untuk mendapatkan ilmu :
Kita perlu ada keinginan, kesunggguhan dan berkorban waktu, selalu berguru dan bertanya.

Fokuskan untuk kebebasan kewangan. 
Biarlah gaji kita kecil. Tapi kita lena tidur. Orang bank tak selalu telefon kita tanya tunggakan bayaran.
Gaji ciput pun nak pakai kereta Honda Civic Type R. Kepuasan hidup katanya. Tapi bila nombor telefon tak dikenali telefon pun mesti kelam kabut. Ingatkan bank telefon.

INGAT!

Jangan sebab kau buat hutang demi hutang la sampai bila-bila pun kau tak dapat memiliki aset hartanah. Jadi penyewa sampai ke tua.

Bila dah masuk umur 35 tahun nak buat lagi pembiayaan peribadi, nak jelaskan semua hutang sebab nak beli rumah.

Hutang hutang hutang. Maka berhuhuhu tang lah kau sampai ke tua. Kah!


Pengajaran Hidup




0 comment... add one now