Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Semakan Keputusan SPM 2015 Online Dan SMS



Keputusan SPM




Keputusan SPM 2015 | Sijil Persekolahan Malaysia

Semakin hari semakin mendebarkan, keputusan untuk semakan SPM 2015 semakin hampir buatkan anda tidak sabar mahu mendengar keputusan SPM 2015 anda.

Pelajar yang menduduki peperiksaan SPM 2015 boleh menyemak keputusan peperiksaan anda pada hari KHAMIS bersamaan 3 Mac 2016.


Cara Buat Semakan Keputusan SPM 2015 | Sijil Persekolahan Malaysia

Kepada Ibubapa mahupun Pelajar SPM, terdapat 3 cara bagaimana mahu menyemak keputusan SPM 2015 anda iaitu :

1) Semak Keputusan SPM Melalui Sekolah
Pelajar SPM boleh menyemak keputusan anda di sekolah masing - masing bila keputusan telah diumumkan dan hadir ke sekolah pada jam 10 pagi untuk mengambil keputusan peperiksaan SPM anda.


2) Semakan Keputusan SPM Secara Online
Anda juga boleh buat cara semakan SPM di laman sesawang Lembaga Peperiksaan Malaysia. Semakan keputusan SPM boleh di buat secara online di : Lembaga Peperiksaan Malaysia


3) Semakan Keputusan SPM Melalui SMS
Anda juga boleh menyemak keputusan anda melalui perkhidmatan Sistem Mesej Singkat (SMS) yang dibuka bermula 10 pagi, 3 Mac 2016 hingga 9 Mac pada jam 11.59 malam.


Taip

SPM<jarak>Nombor kad pengenalan (K.P)<jarak>Angka Giliran 

dan 

hantar SMS ke 15888



Perkhidmatan tersebut akan diaktifkan bermula 10 pagi. Pengguna akan dicaj 15 sen untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan SMS.



Anda pelajar STPM? Klik keputusan STPM 2015 yang akan diumumkan iaitu pada 2 Mac 2016.