Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Tips 10 Langkah Memulakan Bisnes Sewaktu Bekerja

Ini adalah hasil nukilan idea daripada NOBISHA segala rujukkan dan pertanyaan tentang nukilan ini boleh rujuk kepadanya.

Jika kita ada idea bisnes adakah kita ingin berhenti kerja? 

Nanti dulu! Jangan ingat semua bisnes dapat pulangan lumayan! Tak semua  bisnes berikan pulangan serta-merta. 

Jadi jangan BERHENTI KERJA tapi mulakan bisnes sewaktu anda masih bekerja.

1. Mulakan Seperti Bayi Belajar Merangkak

Mulakan bisnes dengan kecil-kecilan, sedikit demi sedikit. Bukan semua bisnes boleh dilancarkan serta-merta. Banyak aktiviti awal bisnes boleh dimulakan sewaktu anda masih ada kerja lain, tanpa mengganggu kerja itu. 

Contoh: 
Pendaftaran Syarikat, mencari barang untuk pengeluaran (raw material), validate idea bisnes atau membangunkan website.



2. Belajar Berkorban Masa

Bangun awal sebelum solat Subuh untuk membalas email atau WhatsApp berkaitan bisnes. Gunakan masa makan tengah hari untuk bertemu supplier.



3. Usah Bakar Jambatan Dengan Majikan Sedia Ada

Walaupun anda sudah memulakan bisnes, anda masih ada tanggungjawab kepada pekerjaan sekarang. Usah gunakan masa kerja untuk buat bisnes. Semak semula terma non-disclosure agreement (NDA) atau conflict of interest. Pastikan anda patuh kepada kesemua terma tersebut.



4. Validate. Validate. Validate

Uji. Uji. Uji. Pastikan anda validate dan uji idea, produk atau perkhidmatan. Tentukan ia diterima oleh pelanggan sebelum anda melancarkan besar-besaran dan berhenti kerja.



5. Tentukan Sasaran Yang Realistik

Pada peringkat permulaan, buat sasaran harian, mingguan dan bulanan.
Sasaran harian lebih bersifat things to do. 

Contoh: 
Balas email. Sasaran mingguan ialah aktiviti yang tak dapat disiapkan dalam masa sehari. Contoh: design website. Sasaran bulanan adalah milestone. 

Contoh: pelancaran website pada bulan pertama, mula jualan pada bulan ketiga, berhenti kerja dan berbisnes sepenuh masa pada bulan keenam, dan mengambil staf pertama pada bulan ketujuh.



6. Sewaktu Bekerja, Anda Ada Pendapatan

Gunakan pendapatan ini untuk melabur dalam bisnes. Dengan cara itu, anda tidak perlu membuat pinjaman modal.



7. Dapatkan Rakan Kongsi

Rakan kongsi yang baik boleh membawa bersama-samanya skill yang anda tidak ada. Dia juga boleh berikan anda semangat tatkala anda memerlukannya.


8. Usah Buang Masa

Jangan habiskan masa bercerita hal-hal yang tidak produktif dan tidak ada kaitan dengan bisnes di media sosial dan WhatsApp. Kesemua ini adalah aktiviti membazir masa dan menghilangkan tumpuan kepada bisnes. Biarlah orang politik cakap politik. Kita cakap bisnes.


9. Sewaktu bekerja anda tidak ada banyak masa. 

Outsource sebanyak mungkin. Dengan cara ini, anda ada masa membangunkan bisnes dan tidak terikat dengan kerja-kerja yang menghabiskan masa dan memberikan pulangan yang sedikit. 


10. Pastikan bisnes anda mula memberikan pendapatan sebelum berhenti kerja.




0 comment... add one now