Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Tips 11 Nasihat Asas Pelaburan Hartanah

Ini adalah hasil daripada penulisan Muhamad Iqbal Hafifi untuk tips Asas Pelaburan Hartanah

1) ILMU
- Dapatkan nasihat dan tips melalui sesi “one-on-one”. (personal coaching)
- Sertai seminar-seminar sama ada percuma atau berbayar.
- Beli buku atau e-book berkaitan hartanah.

2) KEKAL POSITIF
- Berkawan dengan rakan yang ingin membeli rumah.
- Jauhi rakan yang sentiasa memberi alasan.
- Sentiasa “cemburu” dengan pelabur hartanah.

3) SIMPANAN
- Tambah pendapatan melalui kerja sambilan. (Side income)
- Kurangkan perbelanjaan yang tidak penting.
- Pastikan anda mempunyai tujuan dan objektif terhadap simpanan tersebut.

4) KELAYAKAN
- Semak tahap gaji anda dan harga rumah yang anda mampu beli. (Objective)
- Pergi ke bank untuk membuat semakan awal terhadap kelulusan permohonan anda. (Pre –check)
- Dapatkan maklumat berkenaan produk pinjaman perumahan dari semua bank

5) SURVEY RUMAH
- Hanya survey rumah yang kita layak untuk beli.(Focus)
- Semak juga “market value” bagi unit tersebut. (Below market value)
- Fokus pada kawasan yang mudah di sewakan. (High demand)

6) PEMILIHAN RUMAH
- Dekat dengan tempat tinggal.
- Fasiliti dan kemudahan awam yang lengkap.
- Mengikut kemampuan dan pengurusan risiko peribadi. (Risk management)

7) EJEN
- Sila datang lebih awal dari ejen.
- Pastikan anda berurusan dengan ejen yang sah dan berdaftar.
- “Booking fee” pastikan di bayar atas nama agensi dan pastikan ia “Refundable”.

8) PINJAMAN
- Sila hantar permohonan lebih dari dua buah bank.
- Hantar ke bank yang berhampiran rumah yang ingin di beli.
- Hantar ke pegawai bank yang bergantung kepada “sales”.

9) PEGUAM
- Lebih baik jika dapatkan peguam yang kita kenal.
- Pilih peguam yang berpengalaman dan mahir dalam urusan hartanah.
- Boleh hantar dahulu ke beberapa peguam untuk dapatkan “quotation”.

10) SEWA
- Sewakan mengikut bilik jika ingin “cashflow” yang tinggi.
- Sewakan satu rumah jika tidak mempunyai masa.
- Boleh lantik ejen untuk cari penyewa.

11) NETWORKING
- Ejen hartanah, untuk dapatkan listing yang baik.
- Pegawai bank, untuk dapatkan maklumat market value dan pre-check loan.
- Peguam, supaya proses jual beli berjalan lancar.

12) LULUS PINJAMAN
- Nilai Debt Services Ratio (DSR) adalah mengikut kehendak bank.
- Rekod CCRIS yang cantik.
- Habit “saving” yang cantik.
- “Documentation” yang jelas dan nampak “professional”. (Loan profile)


0 comment... add one now