Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Tips 28 Nasihat Untuk Orang Bergaji Rendah

Ini adalah petikkan nasihat daripada Nasihat Kewangan

1. Jangan beli kereta atau ambil personal loan dahulu kerana akan menyebabkan DSR semakin tinggi.

2. Beli rumah yang murah terlebih dahulu untuk dapatkan “SEWA” sebagai tambahan pendapatan.

3. Rumah Master title lebih 10 tahun tidak semua bank akan beri Financing.

4. Sewakan rumah ikut bilik untuk dapatkan kadar sewa yang lebih tinggi.

5. Buat matlamat untuk beli rumah 3 hingga 6 bulan.

6. Pilih kawasan yang mudah untuk disewa (Berdekatan university, office, shopping complex, hospital, exit highway dll).

7. Pilih rumah murah pada peringkat awal untuk elak beban kewangan yang tinggi.

8. Tenancy agreement pastikan stamping.

9. Setiap hujung bulan baki akaun dalam bank jangan Kosong (0).

10. Cycle untuk beli rumah untuk makan gaji seeloknya 6 bulan sekali.

11. Takaful menunjukkan anda seorang yang berisiko rendah.

12. Hidup miskin untuk rumah pertama sahaja, kemudian hidup menjadi normal.

13. Ada info yang tidak boleh dikongsi secara umum.

14. Pilih lawyer yang mudah untuk berurusan dan membantu.

15. Gunakan kad kredit sebagai facility dalam hartanah.

16. Buat kerja tambahan untuk tampung perbelanjaan bukan untuk kaya.

17. Rumah murah memang ada, kena rajin cari.

18. Tambah ilmu pengurusan kewangan peribadi.

19. Beli rumah ikut kemampuan diri sendiri, bukan ikut orang lain.

20. Sentiasa negotiate.

21. Harga rumah akan jatuh? Abaikan, 30 tahun lepas pun ramai yang cakap.

22. Wajib pilih kawan yang mempunyai objektif yang sama.

23. Semak kadar sewa semasa di kawasan yang ingin di beli.

24. Semak nilai semasa dahulu dengan bank.

25. Pastikan deposit dibayar kepada nama agensi, bukan nama agent.

26. Pastikan deposit adalah "refundable".

27. Hantar permohonan sekurang kurangnya ke 3 buah bank.

28. Jangan tunggu beli rumah, tetapi beli rumah dan tunggu.


0 comment... add one now