Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Tips 6 Cara Kawal Duit Gaji Selalu Kering Setiap Bulan

Disini ada Tips 6 Cara Kawal Duit Gaji Selalu Kering Setiap Bulan hasil daripada idea Ikhram Al-Banjari


1. Rancang Perbelanjaan

Terlalu bebas berbelanja sampai kita terlupa untuk berjimat. Dalam banyak perkara, kita hanya bijak memberi alasan kepada diri sendiri untuk terus berbelanja tanpa rancangan.

Tolong buat senarai Perbelanjaan Wajib bulanan 
Tolong potong perbelanjaan yang tidak perlu. 
Tolong berdisiplinkan diri

Utamakan bayaran-bayaran wajib dahulu seperti bil-bil utiliti.



2. Jauhi Tabiat Berbelanja Ikut Nafsu

Anda perasan atau tidak ? Selama ini anda suka berbelanja ikut nafsu dan bukannya mengikut keperluan kita. Keinginan mendalam menyebabkan nafsu anda tergoda untuk belanja benda bukan keperluan.

Contoh, orang beli handbag, kita pun taknak kalah nak beli juga.
Tengok orang tukar perabot, sebuk nak tukar perabot.
Bila orang lain beli kereta, kita pun beli kereta.
Bila kawan pakai baju mahal, kita sebuk pakai baju mahal.
Kawan suka lepak Starbucks, kita pun terlibat sama lepak Starbuck.
Suka makan mewah-mewah hujung bulan melantak maggie.

Semuanya kita mahu ikut, belanja sesuka hati sebenarnya untuk apa ?
Untuk menyesal selepas berbelanja? 

Kita ada banyak pilihan untuk berjimat. Anda tentukan sendiri.


3. Gandakan Sedekah & Banyak Memberi

Ini perkara yang tidak perlu dinafikan lagi. Mudahkan rezeki kita mengalir lancar lagi deras dengan berbuat kebaikan. Dalam rezeki kita sudah tentu ada hak untuk orang lain. Jadikan tabiat untuk menyumbang kepada masjid, rumah anak yatim, pusat tahfiz dan sesiapa yang memerlukan tanpa rasa kesal walau sedikit pun.

Contoh,
Setiap kali dapat gaji beli sejadah dan letak di surau. Satu tahun sudah 12 sejadah. Jangan takut untuk memberi,more you give more you get back.


4. Bina Simpanan Dari Sekarang

Setiap kali terima gaji pendapatan, selepas kita selesaikan belanja wajib. Mohon disiplinkan diri untuk membuat simpanan.
Buat sendiri tabung yang kita rasakan perlu seperti tabung perubatan, balik kampung, percutian, roadtax dan insurans kenderaan serta banyak lagi.
Boleh rujuk instrumen pelaburan yang patuh syariah dalam pasaran. 
Beli cincin belah rotan setiap bulan dan simpan. Menyimpan dahulu baru fikir nak berbelanja, bukan nak ajar untuk jadi kedekut, cuma nak kurangkan dahi yang berkerut bila poket sudah kering.

5. Ikhtiar Kerja Tambahan Yang Masyuk

Siang kita bekerja, malam kita buat apa ? Tengok tv atau goyang kaki ? Hijrah diri, lakukan sedikit pengorbanan dalam hidup untuk lebih maju. 
Cari kerja tambahan yang boleh berikan pendapatan tambahan harian atau bulanan. 
Di sebelah malam boleh mengajar anak jiran mengaji, kelas tambahan, kerja di 7Eleven dan sebagainya. Kalau perlu basuh pinggan dan ambil order di kedai makan sekalipun apa salahnya ? Paling penting kerja kita lakukan itu Halal.


6. Mulakan Bisnes Yang Boleh Beri Tunai Harian

Ini bahagian yang paling ramai orang tahu dan angan-angankan. Tetapi biarlah angan kita itu semuanya logik dan mudah dicapai. Disebabkan kita masih bekerja, carilah peluang bisnes yang tidak menuntut modal atau masa yang terlalu besar. Pandai memasak ?
Siapkanlah breakfast box untuk kawan-kawan di pejabat, ambil tempahan sehari awal dengan bayaran penuh. Pandai tukar minyak hitam kereta ? Ambil tempahan servis kereta kawan-kawan di pejabat. Suka menjual secara online ? Jadilah ejen dropship produk kesihatan, kecantikan, gadjet dan sebagainya secara online.
Mudah kan ? Paling penting kena ada target harian, kalau dapat untung sehari RM50 sekalipun siapa yang nak bagi ? Lepas belanja minyak dan tol pun sudah cukup baik di awal usaha ni.

.

Berhenti Beralasan. Mulakan Tabiat Baru Bermula Sekarang!

Sudah-sudahlah memberi alasan yang tak sudah-sudah kepada diri sendiri. Jangan hanya pandai menyalahkan orang lain diatas masalah dan kesulitan kita.

Jangan hanya pandai mengeluh tanpa usaha. Sekarang masa paling sesuai untuk belajar perkara baru, berkorban masa dan tenaga dan hijrah minda. 

Mulakan dengan hati yang senang dan lapang dada.

Sudah lama kita hanya pandai merancang dan berfikir, Nak tunggu bila lagi baru nak mula dan berubah ? Pilihan selalu ada di tangan kita, bukan pada orang lain. Tentukanlah sendiri. Salam sukses semua!


Kawal Duit Gaji



0 comment... add one now