Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Tips Teknik Bagaimana Jana Pendapatan RM110000 Pelaburan ASB Untuk Masa 5 Tahun

Untuk sedia maklum ini adalah Perancangan Awal untuk teknik Jana Pendapatan Plan Pelaburan ASB jangka masa untuk 5 tahun..

Ini saya kongsikan Tips Teknik Bagaimana Jana Pendapatan Melalui Plan Pelaburan ASB dalam masa 5 Tahun!

Ini adalah hasil idea daripada : Amir Syahir

1. Buat ASB Financing RM200K.
Katakan bulanan bayaran sebanyak RM1200, setahun  dapat RM14,400.

2. Lepas setahun (1 Tahun), katakan dividen ASB diumumkan 7.25% akan dapat RM14,500.

3. Buat pula ASB2 Financing RM200K.
Bayaran sebulan RM1100 dan setahun dapat RM13,200.

4. Bayar ansuran ASB2 guna dividen ASB1.
(RM14,500 - RM13,200 = RM 1,300 ).
Baki RM1,300 itu buatlah belanja atau disimpan.

5. Pastikan ASB1 Financing dibayar macam biasa setiap bulan (RM1,200) dan ASB2 dibayar menggunakan dividen ASB1 hasil pendapatan RM14,400 setahun.

6. Selepas setahun (1 tahun).
ASB2 akan memiliki dividen sendiri. Kita anggarkan kekuatan ASB2 sama macam ASB1. Katakan dividen ASB2 7% dan jumlah dividen bakal diperolehi RM14,000 untuk setahun.

7. Disebabkan ansuran ASB2 lagi murah daripada ASB1, kita bayar ASB2 setiap bulan dan ansuran ASB1 bayar menggunakan hasil daripada dividen ASB2.

8. ULANG langkah tips (no. 7) sehingga 5 tahun secara konsisten!

9. Untuk dividen ASB1 dibiarkan compounding dan hasil daripada dividen ASB2 bayar ansuran ASB1.
.
_______
NOTE !!
_______

Untuk secara ringkas dan senang faham.

√ Guna dividen ASB1 untuk bayar ansuran ASB2.
√ Selepas setahun (1 tahun dividen ASB2 pula bayar ansuran bulanan ASB1.
√ Dividen ASB1 dibiarkan compounding.
√ Dividen ASB2 jadikan untuk bayar ansuran ASB1.

Jadi, komitmen kita masih sama dan konsisten.

Selepas 5 Tahun

Kita terminate ASB financing (pertama) dan kita akan dapat:

i) ASB1
Dividen terkumpul (48 bulan): RM62,100
Prinsipal (60 bulan): RM22,270

ii) ASB2
Dividen tahun terakhir: RM14,000
Prinsipal (48 bulan) : RM12,320
Jumlah Keseluruhan: RM110,690

Jadi untuk dividen terkumpul pada ASB1 dikira (48 bulan) sahaja disebabkan tahun pertama digunakan untuk bayar ansuran ASB2.

Dan pulangan prinsipal pada ASB2 dikira (48 bulan) disebabkan usianya 4 tahun manakala usia ASB 5 tahun (60 bulan).

Keseluruhannya kita akan dapat hasil pendapatan ASB sebanyak RM110,690 hanya masa 5 tahun!!

Banyakkan?

Ia umpama kita menabung sebanyak RM1844.83 sebulan selama 5 tahun.
Dan belum terjumlah lagi dengan hasil lebihan dividen RM1300 pada tahun pertama.

Kita dah boleh RUMAH kos rendah dengan bayaran CASH , lepas tu kita boleh sewakan kepada penyewa. Hasil sewaan itu kita dapat duit pendapatan pasif !!

Orang yang bijak dia tidak beli kereta mewah, sebab harga kereta akan jatuh mendadak.
Orang bijak akan melabur pada hartanah. Kita buat deposit untuk beli rumah. 
Generate lagi aliran tunai!! Pasif income!!

________
INGAT !!
________

Disclaimer:

1. Untuk yang mampu bayar ansuran pinjaman setiap bulan.
2. Untuk ASB Financing RM200K.
Maksimum pinjaman. Kadar faedah bank 5.2%. Dianggap 7% dividen tahunan ASB dan ASB2 serta tempoh pinjaman ASB: 25 tahun dan tempoh pinjaman ASB2: 30 tahun.
3. Perkiraan anggaran kasar sahaja.
4. Perkiraan mungkin berubah setiap individu disebabkan bayaran bulanan dan kadar faedah bank.

Ini adalah hasil idea daripada : Amir Syahir





0 comment... add one now