Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Tips Bagaimana Memiliki Tiga (3) Rumah Dalam Masa 16 Bulan

Disini saya kongsikan idea daripada Muhamad Iqbal Hafifi bagaimana mahu memiliki 3 dalam masa 16 bulan.

Sumber daripada Facebook.

Di sebabkan ramai yang tanya macam mana cara saya beli 3 biji rumah selepas 1 tahun 4 bulan bekerja, jadi saya kongsikan secara umum sahaja di sini.

Gaji basic : RM2,400
Mula kerja : Feb 2014 (Fresh graduate)
Part time: Sublet 1 unit Cashflow (RM200)
Bilik Sewa free sebab duduk sekali dgn rumah sublet
Asset : 15g gold bar (kumpul masa student)
Cash : RM1,000 (kumpul masa praktikal 5 bulan (RM200 sebulan)

➡ RUMAH PERTAMA (JUN 2014) : Apartment Harmoni, Damansara Damai
Selling Price : RM55,000
Bank Value : RM65,000
Deposit : RM5,500

Cara kumpul Deposit : 
Net gaji dalam RM2,100, saving RM1,200 (Nampak macam banyak, try first).
Balance RM900 (RM500 parent, balance RM400 untuk makan minum, minyak motor, dll), hidup bujang masa terbaik untuk saving. RM400 : seminggu RM100 (pandai2 la pusing duit untuk makan, topup, minyak motor)

Tips Saving
Cuba hidup miskin untuk 3 bulan. Insya Allah hidup lagi.

RM200 duit dari sublet guna sebagai emergency plan, tak cukup lagi, pajakkan 15 gold bar dekat arrahnu.

Saving : 
RM1,200 x 4 bulan (Februari – May)= RM4,800

Total cash : 
RM4,800 + RM1,000 = RM5,800
Cukup dah bayar deposit 10%

.

➡ RUMAH KEDUA (JANUARI 2015) : Apartment Mesahill@Nilai(Underconstruction)
Price : RM169,000++
Loan 100%. (10% discount by developer)
Refundable booking RM3,000

Cara kumpul deposit :
Sama je macam rumah pertama, ulang setiap bulan.

.

➡ RUMAH KETIGA (JUN 2015) : Apartment Kenanga, Putra Perdana, Puchong
Price : Rm118,000
Bank Value : RM155,000
Loan 70% : RM108,500
Deposit : RM11,800

Cara Kumpul deposit: 
Cash dari rumah pertama RM9,000 , balance lagi RM2,000 tu kumpul setiap bulan macam biasa.

Setiap rumah ada cerita dan cara nya sendiri, panjang untuk di ceritakan di sini. Kalau ada yang nak tahu lebih detail, InsyaAllah saya boleh kongsikan masa akan datang.
  • Setiap orang ada objektif dan strateginya sendiri dalam beli rumah (Flipping, rental income, appreciation dll).
  • Setiap langkah seperti cantikkan bank statement,cara kira DSR, cara untuk lepas loan, cari rumah below market value dan pemilihan rumah semuanya perlukan ilmu. Boleh join seminar atau beli buku.
  • Cara saya, pergi MPH atau Popular, lepak sejam setiap minggu, cari buku pasal property, dapat ilmu free.
  • Terima Kasih Tuan Azizul Azli Ahmad beri saya peluang untuk berkongsi dengan ramai kawan Facebook.


Sumber : 


0 comment... add one now