Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Tips Bagaimana Menentukan Harga Jualan

Saya akan kongsikan bagaimana cara menentukan harga jualan daripada hasil petikkan oleh Pengarah Eksekutif INSKEN, Norizan Bin Sharif (NOBISHA) 

Price - harga barang.
Pricing - proses menentukan berapa harga yang hendak dijual.

Ada tiga cara bagaimana seseorang boleh menetapkan harga barang atau perkhidmatan (product pricing):

Pertama:
Competitor-Based Pricing,
iaitu menentukan harga berdasarkan harga pesaing.
Kaedah ini boleh menjadikan harga produk kita lebih tinggi, lebih rendah atau sama seperti pesaing berdasarkan strategi bisnes masing-masing.
Contoh: Pesaing meletakkan harga satu unit produk RM10. Bergantung kepada strategi pemasaran, kita mungkin meletakkan RM11, atau RM12, atau sama seperti beliau, iaitu RM10.
Satu lagi pendekatan ialah menentukan segmen pasaran yang kita ingin masuk dan meletakkan harga berdasarkan harga pesaing bagi segmen berkenaan.

Kedua: Cost-Based Pricing,
iaitu menetapkan harga berdasarkan peratus keuntungan diatas kos pengeluaran.
Contoh: Kos pengeluaran satu unit produk ialah RM10. Kita tentukan peratus keuntungan, katakan 25%. Maka, kita letakkan harga kos (RM10) + keuntungan 25% (RM2.50) = RM12.50.
Kelemahan cara penetapan harga ini ialah kita mungkin terlupa memasukkan kos tertentu dalam pengiraan ini.

Ketiga:
Value-Based Pricing,
iaitu meletakkan harga berdasarkan nilai yang ditanggapi (percieved value) oleh pengguna. Nilai ini mungkin berpunca dari kecekapan, kebahagiaan atau kestabilan.
Kesukaran yang bakal dihadapi ialah menentukan berapakah harga yang sanggup dibayar oleh pengguna bagi "nilai" produk atau perkhidmatan tersebut.



0 comment... add one now