Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Tips Hartanah Aku Tak Kaya Tapi Aku Selesa

Terlalu ramai yang komen bertanyakan contoh2 pendapatan yang aku maksudkan di dalam Tip Hartanah semalam. Jadi, di sini aku kongsikan beberapa contoh pendapatan yang diri aku perolehi selama ini yang telah menyelesakan hidup aku kini.

1. Pendapatan Aktif
Aku mula bekerja seawal tahun 1997, sebaik sahaja bergelar graduan Sarjana Muda Pemasaran dan kerjaya pertama yang aku bina adalah sebagai pegawai bank dengan gaji permulaan sebanyak RM1,750. Amaun inilah yang aku namakan sebagai pendapatan aktif. Dalam erti kata mudah ianya bermaksud, "ada kerja, ada la gajinya".

Pada ketika itu, aku hanya mampu menabung semaksima RM200 setiap bulan yang kemudiannya aku pindahkan ke beberapa instrumen pelaburan yang lain.
Sebagai tambahan, aku turut memperolehi bonus tahunan antara 1 - 4 bulan yang mana keseluruhan jumlah tidak langsung aku usik, sebaliknya ianya turut aku pindahkan ke instrumen2 pelaburan itu tadi.

2. Pendapatan Portfolio
Pendapatan Portfolio bermaksud pendapatan yang diperolehi dari instrumen2 pelaburan yang kita simpan dan instrumen2 inilah yang akan membuatkan duit simpanan itu bekerja untuk kita.

Di dalam kes aku, jumlah2 tabungan dan bonus aku pada awalnya aku laburkan di dalam pasaran saham dan saham2 berwajaran tinggi (blue chip) menjadi pilihan aku. Aku 'bernasib baik' kerna berpeluang membeli saham2 mewah pada harga paling rendah sekitar 2003/2004 antaranya, TNB (RM5), UMW (RM4) & Digi (RM4.82) dan tatkala harga saham ini mencanak naik, TNB (RM6), UMW (RM12), Digi (RM9), aku kemudiannya menjual sebahagian pegangan aku dan dari keuntungan inilah aku mula membina kantung pendapatan pasif aku.

Anda boleh mula mengenal tentang pelaburan saham menerusi ebook ini --> https://ezazwealth.onpay.my/order/form/ebook-saham101/70

3. Pendapatan Pasif
Ya, Pendapatan Pasif memberi pengertian, "buat kerjanya sekali, ''asyuk'nya berkali2".

Apa? Anda skeptikal dengan ayat di atas? 

Sila baca kisah di bawah.
Lanjutan dari keuntungan Pendapatan Portfolio aku tadi (hampir puluhan ribu juga jumlahnya), maka aku mula mengumpul satu demi satu unit sewa aku. Bermula dari rumah 'undercon' (1999), lelong (2001 - 2005) & seterusnya pasaran subsale (2006 - 2012), pulangan dari instrumen saham itu tadi aku jadikan down payment untuk membelinya dan pengakhirannya, aku 'terpaksa' membiarkan penyewa rumah2 aku itu melunaskan instalmen pinjaman aku manakala aku hanya menikmati lebihan sewaan itu setiap bulan sebagai pendapatan pasif aku.

Di sekitar tahun 2010 pula, aku telah turut membina satu lagi medium pendapatan pasif aku bila mana kisah pelaburan hartanah aku telah mula aku tulis dan ebookkan. Alhamdulillah, dari sebuah ebook akhirnya menjadi 8 dan dari sehari ke sehari ianya telah terus-terusan menambahkan amaun di dalam simpanan aku walaupun ianya telah ditulis 6 tahun yang lalu.

4. Pendapatan Sampingan
Rupa2nya rezeki aku tidak terhenti setakat itu. Tahun 2011, aku telah mula didesak untuk berkongsi kisah2 pelaburan aku. Kelas2 hartanah berskala kecil telah mula aku anjurkan dengan tag harga yuran sebanyak RM88 (Aku masih mengekalkannya hingga kini).

Alhamdulillah, dari 7 orang akhirnya menjadi puluhan peserta bagi setiap kelas. Dari hanya berlokasikan Shah Alam, akhirnya seluruh Malaysia telah aku jelajahi dan dari hanya 'break-even', akhirnya kelas2 ini telah mula menjana ribuan ringgit (maaf kerna terpaksa berkata jujur) dan inilah yang dimaksudkan dengan 'income sambil2' yang terhasil dari niat untuk berkongsi ilmu dengan anak2 muda pada harga 'mampu-bayar'.
Semoga dengan penjelasan panjang lebar berdasarkan contoh diri aku mampu memperjelaskan maksud Tips Hartanah aku semalam.

Ingat !!

AKU TIDAK KAYA. AKU HANYA SELESA.

SHARE jika bermanafaat.

Petikkan daripada :
Abang Ensem (Otai Hartanah)
http://abangensem.com/


0 comment... add one now