Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Tips Orang Muda Baru Mula Berbisnes

Banyak orang muda melakukan kesilapan ini. Mereka membelanjakan duit yang belum wujud.

Bagaimanakah perkara ini berlaku?

Cotohnya:

+  Apabila kita membeli kereta, kita sebenarnya sudah membelanjakan duit masa depan yang belum ada!
Ini kerana kita sudah membuat komitmen akan membayar sekian banyak tiap-tiap bulan selama beberapa tahun kepada syarikat kewangan.

+  Demikian juga apabila kita menyewa kedai. Ini kerana kita sudah menandatangani perjanjian sewaan selama minimum 3 tahun. Biarpun bisnes tercungap-cungap, kita kena bayar sewa bulanan itu. Tidak mampu membayar sewa kedai adalah 90% bisnes yang berkedai akhirnya bungkus.

+  Demikian juga apabila kita membuka bisnes francais yang memaksa kita membayar royalti bulanan.

Dalam kes bisnes francais, kes ini lebih berat. Hutang bank kena dibayar. Sewa kedai pun terpaksa dibayar. Royalti pun kena bayar. Bisnes belum tentu laku.

Ada maklumat mengatakan 90% kedai francais milik syarikat-syarikat francaisor lokal berakhir gulung tikar.  Ini terutama dalam sektor restoran, pendidikan dan dobi.



0 comment... add one now