Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

10 Tempat Best Dan Menarik Di Melaka


Tempat Menarik Di Melaka

Bila cuti panjang menjelma cuti sekolah pasti tiba. Ramai ibu bapa keluar melancong ke sana ke mari, dengan tujuan mahu habiskan masa dengan bergembira sepanjang percutian nanti. 

Tapi dekat mana tempat menarik yang best untuk bercuti yang patut kita lawati? Saya cadangkan, cuti sekolah yang panjang ni rancanglah dengan keluarga untuk melawat ke tempat tempat menarik di Melaka.

Kenapa Melaka?

Melaka terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia, bersempadan dengan Negeri Johor dan Negeri Sembilan. Negeri ini pernah dijajah oleh tiga buah negara iaitu Portugis, Belanda dan Inggeris. Melaka merupakan Bandaraya Bersejarah dan banyak tempat menarik boleh kita lawati. Melaka juga mempunyai banyak Muzium Sejarah yang patut kita dilawati. 

Jadi ibu bapa wajib singgah bersama anak anak anda ke Muzium Melaka untuk menambahkan Ilmu Pengetahuan tentang Sejarah Melaka ini. 

Melaka mempunyai banyak tempat menarik selain Muzium, banyak juga bagunan lama yang cantik untuk bergambar sebagai kenang kenangan. Sekitar Bandaraya Melaka yang Indah lagi mempersonakan ini juga mempunyai pelbagai makanan yang sedap dan unik untuk di cuba!


Antara 10 Senarai Tempat Menarik Di Melaka


1. Melaka River Cruise
Benda paling wajib bila datang bercuti ke Melaka, korang mesti cuba naik Melaka River Cruise ni sebab perjalanan menaiki bot atas sungai sejauh 9KM ni korang boleh melihat pemandangan yang indah dan cantik untuk bergambar di waktu Siang mahupun di waktu Malam. Terdapat rumah peninggalan era Belanda, rumah rumah lama tradisional Melayu dan sebagainya. Kampung Morten cantik bila waktu malam sahaja.
River Cruise beroperasi pada jam 9.00 pagi sehingga 11.00 malam. 
Waktu malam adalah waktu paling best bila menaiki Melaka River Cruise, kerana terdapat banyak lampu yang menerangi di sepanjang persekitaran sungai Melaka.




2. Zoo Melaka


Zoo Melaka terletak di Ayer Keroh merupakan tempat tarikan utama pengunjung datang ke negeri Melaka. Sering menjadi tumpuan ramai terutama pada musim cuti sekolah dan tarut menarik minat pelancong asing.

Zoo Melaka merupakan Zoo kedua terbesar di Malaysia dan mempunyai pelbagai spesies binatang yang diancam kepupusan.

Antara aktiviti yang boleh dinikmati untuk menambah keseronokan, anda bolehlah mencuba bermain bersama gajah serta menunggang kuda, yang mana aktiviti ini menjadi kegemaran pengunjung ke sini.
Zoo Melaka turut menawarkan kunjungan pada waktu malam yang dikenali sebagai “Night Safari”.
Zoo Melaka mula beroperasi dari jam 9 pagi sehingga 6 petang. Biasanya tiket terakhir dijual sehingga jam 5.30 petang. Manakala “ Night Safari” dari jam 8 malam sehingga 11 malam.



3. Taman Buaya Melaka



Taman Buaya Melaka juga terletak di Air Keroh berdekatan dengan Zoo Melaka. Di dalam sana terdapat lebih 100 spesies buaya yang jarang kita lihat dah kita tahu. Buaya ini dikumpul daripada serata dunia yang dipelihara dalam suasana yang hampir menyamai habitat semulajadi mereka.
Pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan dan pertunjukan yang dipersembahkan oleh penjaga buaya ini pada setiap hari Sabtu. 
Pertunjukan yang mendebarkan ini pasti akan membuatkan anda tidak senang duduk dan salah satu lagi daya tarikan utama kepada pengunjung ialah Taman Permainan Air. 


4. Mini Malaysia & “Asean Cultural Park”


Tempat best untuk bergambar sebagai kenangan. Di sini ada pelbagai jenis rumah tradisional Melayu lama dan juga ada pelbagai budaya seni ukiran Melayu dalam edisi Mini Malaysia. Terdapat 14 rumah daripada pelbagai negeri yang dipamerkan di sini.
Di samping itu, turut diadakan beberapa persembahan kebudayaan bagi menarik lebih ramai pengunjung. 
Dibuka daripada jam 9 pagi sehingga 5 petang.


5. Melaka Wonderland


Taman Tema Air “Melaka Wonderland” merupakan tarikan terbaru di Air Keroh, Melaka. Pasti menyeronokkan! Selain Taman Tema Air, berhampiran “Melaka Wonderland” juga ada terdapat “Dinosaur Park”.



6. Menara Taming Sari


Menara Taming Sari setinggi 110 meter ini terletak di Bandar Hilir Melaka bersebelahan dengan Datara Pahlawan. Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Ia adalah Menara Berputar jenis Gyro, yang pertama di Malaysia.
Kos pembinaannya menelan belanja sekitar RM 24 juta. 
Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 April 2008. Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari. Ia mampu memuatkan sehingga 66 orang dalam satu-satu masa. Menara tersebut yang dibina menggunakan kepakaran Switzerland mampu mengangkut seramai 240 penumpang dalam tempoh sejam. Satu sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7 minit.



7. Kota A Famosa Melaka


Kota A Famosa adalah kota peninggalan penaklukan Portugis yang menjadi mercu tanda keindahan landmark di Negeri Melaka. Kubu yang dibina oleh kerajaan Portugis pada 1511 ini kononnya kebal menahan serangan pihak lawan yang datang daripada arah laut.

Namun, kubu ini musnah akibat serangan bertalu-talu daripada pihak Belanda tetapi bahagian depan Kubu ini masih kukuh dan tersergam sehingga ke hari ini. Kubu A’Famosa dibina daripada blok-blok batu merah yang tidak seragam bentuknya dan di hadapan kubu ini terdapat sebilah meriam besi yang sering diabadikan pengunjung untuk merakamkan kenangan.



8. Jonker Street

Jika anda ke Melaka, harus singgah ke Jonker Street atau Jonker Walk yang terletak di Melaka Chinatown. Jalan yang kecil ini terkenal sebagai tempat penjualan pelbagai jenis barangan termasuk barang-barang peninggalan sejarah. Bagi penggemar barangan antik, anda wajib datang ke tempat ini.



9. Galeri Rumah Terbalik Melaka

Wajib pergi ok, dan rasai keseronokan untuk bergambar sakan di UPSIDE DOWN HOUSE.Tapi sebelum pergi tu pastikan bateri kamera atau telefon bimbit anda full ya. Untuk menghasilkan gambar yang terbaik, anda tak perlu pening kepala.

Kalau tak pandai, staff yang bertugas di situ akan ajar cara untuk mengambil gambar tersebut dan siap dengan menunjukkan aksi untuk berposing lagi.Memang puashati jika anda berkunjung di sini.



10. Freeport A’Famosa

Whoa! Ini sudah bagus. Kemunculan Freeport A’Famosa pastinya membuatkan ramai yang teruja. Jika sebelum ini, rata-rata sibuk berkunjung ke JPO Johor dan Mitsui Outlet Park di KLIA, kini dah pun boleh berkunjung ke A Famosa Resort yang terletak Alor Gajah untuk bershopping.Bukan itu sahaja, persekitarannya yang cantik juga pasti membuatkan anda tidak lepaskan peluang untuk bergambar di sini. Shopping jangan tak shopping ok!



11. Coconut Shake Klebang

Jika berkunjung ke Melaka, rugi rasanya jika tidak singgah ke gerai Coconut Shake Kelebang. Ianya dibuka pada setiap hari dari 11.00 pagi hingga ke 6.30 petang. Di situ, bukan setakat kita boleh minum Coconut Shake sahaja, ada macam-macam makanan yang dijual di situ. Ada kuih muih, nasi lemak, mee goreng dan lain-lain lagi. Selamat menikmati Coconut Shake Klebang.

1 comment... add one now

Hanafi Abdullah Hanafi Abdullah Mac 03, 2016
yalah bro..Melaka merupakan tempat yang menarik untuk dikunjungi..