Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Tips 5 Cara Bagaimana Buat Gaji Sentiasa Cukup


Tips Bagaimana Mahu Buat Gaji Sentiasa Cukup
Note : Penulisan ini adalah hasil daripada saudara Hafiz Hazmi
Belum pernah dalam sejarah peradaban manusia , mengaku gaji sudah cukup ataupun terlebih banyak
Normal akan cakap tidak cukup. *Kalau tak setuju komen ya*

1. Biasakan Hidup Dibawah PAR 
Maksudnya hidup dibawah kemampuan. Kalau gaji 2,000, setkan maksimum komitmen dan perbelanjaan tidak lebih 50% (atau setkan ikot keadaan)
2. Kawan Biar Beribu Musuh Jangan Satu
Namun jangan biasakan hidup seperti mereka. Ingat, walaupun mereka sentiasa di sekeliling anda, namun taraf, pendapatan,latarbelakang keluarga mereka pasti berbeza-beza.
3. Bezakan Nafsu Dan Keperluan
Fikir sejenak sebelum ke kounter bayaran. Adalah biasa bila nak berbelanja untuk nafsu, akan ada suara yang bisik "sekali ni je" . Oleh sebab demikian tiada apa yang boleh bantu selain iman anda.
4. Letakkan Matlamat Dan "Tempoh Berpuasa" Untuk Diri Sendiri
Contohnya 5 tahun bermula pada tahun pertama kerja". Jadi, bila rasa jemu dengan kesempitan dan kesusahan dalam hidup, ingatkan semula matlamat tersebut.
5. Sentiasa Mencari Kaedah Melabur Dan Menyimpan
Secara langsung akan menambah bahagian yang perlu diperuntukkan untuk tujuan ini. Sudah pasti kehendak serta kemahuan lain dapat diminimakan.


0 comment... add one now