Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Tips 6 Cara Bagaimana Mahu Mendapat Ratusan Like Di Facebook


Tips Bagaimana Mahu Mendapat Ratusan Like Di Facebook

1. Gunakan Teknik Bercerita Santai
Buat satu story yang menggunakan ayat santai santai, tidak terlalu heavy word sampai orang susah nak fikir dan susah nak faham apa maksud yang nak korang sampaikan. Simple word, simple story. 
2. Gunakan Perkataan Dengan Ejaan Penuh
Ini perkara wajib untuk penulis, kalau korang nak menulis sesuatu cerita itu biarlah dengan menulis perkataan secara full. Ertikata lain, guna perkataan penuh dan ejaan sempurna. Biar orang faham jalan cerita penulisan korang dengan jelas. 
3. Bercerita Sambil Menulis Dari Hati
Orang cakap, nak tulis guna akal. Tapi kalau tulis tak pakai hati takut nanti penulisan tu syok sendiri. Ertikata lain, tulis main redah tanpa fikir penulisan tu sesuatu yang bermanfaat atau sebaliknya. Contoh, luahkan perasaan korang dari kata hati menggunakan ayat santai dan berfakta dengan idea bernas.
4. Tulis Cerita Yang Dapat Memberi Manfaat Dan Inspirasi
Penulisan yang baik adalah memberi inspirasi dan manfaat kepada orang ramai. Jadi korang buat satu story yang boleh bagi inspirasi orang lain untuk berubah. Tak salah berkongsi idea, pengalaman serta pendapat yang boleh membantu diri kita dan orang lain.
5. Berkongsi Tips Mudah
Tips adalah benda yang bernilai untuk orang mengikuti cara serta langkah untuk belajar sesuatu perkara baru. Jadi buat penulisan itu biar sampai orang faham dengan maksud korang dan mudah faham cara dan bagaimana untuk melakukan sesuatu perkara tersebut.
6. Bercerita Perlu Ada Suntikan Emosi
Buat story jangan terlalu skema, orang baca pun cepat boring. Jadi buat penulisan tu gaya tulisan novel, penulisan novel ada suntikan emosi dan perasaan untuk meningkatkan lagi keghairahan membaca. Yup, penulisan yang santai serta beremosi dapat buatkan kita dan orang lain seronok membaca.

JANGAN! Buat Perkara Ini Di Status Wall Facebook Anda

1. Meroyan
Selalu meroyan di wall facebook buatkan orang lain menyampah dengan perangai kita. Jadi elakkan seperkara ini terjadi. Orang meroyan ni orang yang beremosi tak menggunakan akal, tapi menggunakan nafsu amarah.
2. Berleter
Sama seperti meroyan. Berleter ni terlalu obses terhadap perkara negetif. Hal ini buatkan korang menjadi hyperthinking sampaikan benda yang kecil pun jadi masalah besar.
4. Troll
Buat status troll atau suka menganjing orang lain atau suka bersikap terbuka untuk menjatuhkan hukum. Status macam ni melambangkan kita dengan sikap keperibadian kita. Orang yang suka troll ni jenisnya suka bergurau kasar sampai tidak tahu menjaga etika pergaulan manusia sesama manusia. 
5. Parody
Lebih kurang macam troll, sama saja maksudnya. Cuma lebih kepada meniru dan mempersendakan semula dengan gaya sinis santai makan dalam. Benda benda macam ni selalu terjadi di media sosial.
6. Perasan Bagus / Syok Sendiri
Buat status, post gambar perasan bagus buatkan orang lain menyampah. Jadi elakkan. Kadang korang sendiri pun tak faham dengan diri korang adakah korang perasan bagus atau tidak? Jadi cuba check semula status di wall facebook korang. Pastu tenung dan faham ayat demi ayat , gambar demi gambar. Adakah korang kategori perasan bagus?
7. Ayat SMS 
Nak menulis kena guna ejaan penuh ejaan yang sempurna supaya orang senang faham apa yang kita tulis. Tapi kalau korang jenis penulisan style Ayat SMS tu jangan harap lah orang lain suka korang punya penulisan. Walaupun tulisan korang panjang lebar, kalau tulisan rupa SMS ayat susah faham tak sampai beberapa minit orang dah bosan nak baca status wall korang. Silap silap kena maki je "Kat sekolah dulu tak belajar bahasa melayu ke? Ke Gagal?"


TIPS TAMBAHAN UNTUK DAPATKAN LAGI BANYAK LIKE
RAJIN ziarah wall orang lain, Like dan Komen post di wall mereka.
Macam hari raya. Awak datang rumah saya. Saya balas datang rumah awak.

.
.

0 comment... add one now