Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong JPA Sesi 2016 | 2017

Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong JPA Sesi 2016 | 2017

Bagi pelajar yang ingin membuat permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong untuk Sesi 2016 | 2017  untuk melanjutkan pengajian di masa akan datang, anda boleh melayari ke website rasmi Portal Rasmi Pembangunan Modal Insan (eSILA)

Tarikh Permohonan Biasiswa 
  • Tarikh Buka : 7 Mac 2016
  • Tarikh Tutup : 18 Mac 2016


Permohonan biasiswa yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2016 | 2017 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D) di dalam dan luar negara. Pemohon-pemohon mestilah mematuhi syarat-syarat seperti berikut:

Syarat-Syarat Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong JPA Sesi 2016 | 2017

Warganegara Malaysia dan Umur tidak melebihi 35 tahun pada tahun memulakan pengajian di universiti.

Syarat-Syarat Khusus :

  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
  • Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif;
  • Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa;
  • Pemohon perlu mendapatkan tempat pengajian dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam di universiti penyelidikan tempatan seperti di LAMPIRAN B1 atau universiti terkemuka dunia (Ivy League) mengikut Times Higher Education (THE), QS World University Ranking, Academic Ranking World Universities (ARWU), Barron's Profiles Of American Colleges seperti di Lampiran B2; dan
  • Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan atau mixed mode yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis.

Syarat selanjutnya boleh semak di sini : Syarat-Syarat Permohonan

Dimaklumkan bahawa Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2016 | 2017 akan dibuka secara online mulai 7 Mac sehingga 18 Mac 2016


Maklumat lanjut biasiswa :
  • Garis Panduan Menulis Cadangan Penyelidikan/Pengajian klik sini


0 comment... add one now