Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Permohonan Perumahan Rakyat 1Malaysia Negeri Pahang PR1MA



Permohonan Perumahan Rakyat PR1MA Negeri Pahang. Projek perumahan yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu golongan berpendapatan sederhana mampu untuk membeli rumah kos rendah dan sederhana rendah. Rumah PR1MA ini dijual dengan harga RM 150,000.00 seunit dan diskaun 10% daripada harga jualan diberikan khas kepada penjawat awam.

Bagaimana Cara Untuk Menyemak Status Permohonan PR1MA Negeri Pahang?
  • Menghubungi talian telefon seperti di senarai alamat dengan merujuk kepada myID
  • Datang ke Kaunter Pertanyaan Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, Kaunter Pertanyaan Bahagian Perumahan di Pusat Tranfomasi Bandar (UTC) Kuantan., ataumKaunter Pertanyaan Pejabat Daerah dan Tanah di Negeri Pahang

Apakah spesifikasi projek PR1MA Negeri Pahang ?
a) Keluasan minimum binaan rumah adalah 1,000 kaki persegi
b) Saiz tanah minimum 40' x 70' (2,800 kaki persegi)
c) Rumah jenis berkembar atau sesebuah
d) 3 bilik tidur, 2 bilik mandi
e) Keluasan minimum bilik tidur utama adalah 14' x 12' (168 kaki persegi) dan keluasan bilik tidur 2 & 3 adalah 10' x 12' (120 kaki persegi)
f) Rangka atap jenis spandeck/metal deck
g) Harga jualan lebihan lot tepi dan lot hujung ditentukan oleh Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang

Syarat Untuk Permohonan Perumahan Rakyat 1Malaysia Negeri Pahang
a) Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang;
b) Berumur 18 tahun keatas
c) Jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM 10,000.00
d) Telah menetap dan tinggal di Negeri Pahang secara terus menerus selama tidak kurang daripada lima (5) tahun.

Muat Turun :
Borang Permohonan Perumahan Rakyat 1Malaysia - Negeri Pahang




Senarai Semak Borang Permohonan Perumahan Rakyat 1Malaysia - PR1MA Negeri Pahang





Senarai Pejabat Daerah Dan Tanah Negeri Pahang





0 comment... add one now