Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Permohonan UPU Online 2016/2017 IPTA, Politeknik, METro Dan ILKA


Permohonan UPU 2016/2017 Online

Permohonan UPU untuk lepasan SPM, STPM, Matrikulasi, Politeknik, dan setaraf dengannya. Kepada semua calon pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat UA (Universtiti Awam), IPTA, ataupun Politeknik, kini anda boleh mengisi borang permohonan UPU Online 2016/2017.

UPU adalah Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar untuk membuat Permohonan, Semakan, dan Rayuan kemasukan pelajar ke IPTA, Politeknik, METro, dan ILKA secara online. UPU juga merupakan salah satu sistem Pendaftaran Permohonan UPU secara atas talian (online) yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cara buat permohonan UPU adalah seperti ini :

Untuk sedia maklum, calon pelajar boleh daftar memohon UPU secara online melalui laman web rasmi UPU. Sebelum calon pelajar memohon UPU, para calon dan juga pelajar dikehendaki untuk membeli nombor PIN "Permohonan UPU Online" di Bank Saimpanan Nasional (BSN). Selepas nombor PIN sudah di beli, barulah calon mendapat membuka akses untuk memasuki laman web permohonan upu.

Syarat Kemasukan Permohonan UPU 2016/2017

Ini adalah merupakan syarat am permohonan UPU bagi mengikut kategori permohonan :

Lepasan SPM/ Setaraf ( bagi permohonan sijil, diploma, dan asasi). Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia dan
  • Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.
  • Program pengajian untuk Bumiputera dan Bukan Bumiputera:
  • Semua program di UITM, program Asasi di UIAM, program Asasi Sains dan program Asasi Alam Bina di UM, program Asasi di UNIMAS, program Asasi di UMS terbuka kepada Bumiputera sahaja.
  • Semua program asasi di UPM, UKM, UPNM, program Asasi Pengajian Islam di UM, program Tahmidi di USIM dan semua program Diploma di UPM, UTM, UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP dan UniSZA dan Politeknik Premier terbuka kepada pemohon Bumiputera dan Bukan Bumiputera.

Lepasan STPM, Matrikulasi, Asasi, Politeknik / Setaraf (Untuk Permohonan Sarjana Muda, Degree)

Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah seperti berikut :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai Nombor Kad Pengenalan/My Kad dan Bukan Warganegara Malaysia.
  • Bagi Bukan Warga Negara Malaysia perlu memohon terus ke IPTA berkaitan.
  • Lulus SPM atau peperiksaan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia serta mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Melayu. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu Kertas Julai diambil kira; dan
  • Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2013 dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
  • Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan
  • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain, atau
  • Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 di peringkat Matrikulasi/Asasi tahun 2013; atau
  • Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM tahun 2013 atau 2012; atau
  • Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; atau
  • Lulus peperiksaan STPM Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am atau Matrikulasi/Asasi Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau STAM tahun 2011 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid; dan
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Cara Permohonan UPU Sesi 2016/2017

Berikut ini adalah merupakan cara bagaimana untuk calon membuat permohonan UPU:

  • Terlebih dahulu, beli no pin UPU (No Unik) di Bank Simpanan Nasional (BSN). 
  • Anda boleh terus membeli melalui mesin ATM ataupun terus pergi ke kaunter. Pin berharga RM15.64 termasuk gst. (no pin mulai dijual pada 18 Januari- 18 April 2016)
  • Masuk ke portal rasmi upu di upu.mohe.gov.my

Tarikh Permohonan UPU Sesi 2016/2017

  • Permohonan UPU telah dibuka pada tarikh 18 Januari 2016 pukul 12 tengah malam.
  • Tarikh tamat tempoh permohonan upu adalah sehingga 5 April 2015 4 petang.

Semakan Keputusan Permohonan UPU

  • Semakan keputusan UPU Online akan diumumkan mulai Ogos 2016

Terima kasih diucapkan, bagi calon yang memohon semoga berjaya dengan panduan ringkas permohonan upu ini dan juga dapat membantu anda untuk membuat permohonan UPU sekaligus mendapat tempat di UA?Politeknik/ILKA.

Jika ada sebarang soalan boleh rujuk di sini.



1 comment... add one now

Uncle Zuan Uncle Zuan Mac 13, 2016
all the best untuk yang memohon :)