Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Semak Keputusan SAPS Ibu Bapa Secara Online


SAPS Ibu Bapa merupakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Online yang diwujudkan oleh pihak kementerian bagi memudahkan ibu bapa membuat semakan tentang keputusan peperiksaan seperti Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, dan percubaan UPSR, PMR/PT3 dan juga SPM melalui semakan ujian anak mereka secara online di laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). 

Sistem Semakan SAPS Online ini dapat memaparkan Slip Keputusan serta markah peperiksaan anak mereka serta merta. Cara ini dapat memudahkan lagi ibubapa memantau prestasi akedemik anak mereka dengan cara semakan online sahaja. 

Penggunaan bagi Sistem Semakan SAPS Online ini hanya disediakan semakan untuk pelajar dari Darjah 1 hingga Darjah 6 bagi Sekolah Rendah. Manakala bagi pelajar Sekolah Menengah pula ia hanya menyediakan semakan bagi pelajar Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5.

Cara Semak SAPS Online Ibu Bapa

Ibu bapa boleh melayari ke laman web rasmi SAPS untuk membuat Semakan Online Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, dan percubaan UPSR, PMR/PT3 dan juga SPM 
 Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah


0 comment... add one now