Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Syarat Dan Rukun Umrah Serta 61 Agensi Umrah Berdaftar Dengan Kementerian Arab Saudi


Syarat-Syarat Umrah

Syarat Umrah merupakan perkara yang paling penting dalam pelaksanaan sesuatu ibadah. Sekiranya seseorang itu tidak memenuhi atau cukup syarat, umpamanya dia adalah seorang kafir atau seorang Islam yang telah melakukan perbuatan-perbuatan yang menepati ciri-ciri orang murtad, maka ibadah umrahnya bukan sahaja tidak wajib dikerjakan, malahan tidak sah jika dilakukan. 

Berikut ialah syarat-syarat untuk melakukan ibadah umrah :
  • Berakal - Tidak wajib kepada orang tidak berakal (gila) dan tidak sah jika dilakukan.
  • Baligh - Tidak wajib bagi kanak-kanak. Sah jika dilakukan tetapi tidak mengugurkan kewajipannya mengerjakan umrah setelah dewasa kelak.
  • Berkuasa - Berkuasa dengan menunaikannya sendiri ataupun berkuasa mengerjakannya dengan pertolongan orang lain (badal umrah).
  • Islam - Tidak wajib dan tidak sah bagi orang kafir dan juga orang murtad.
  • Merdeka - Tidak wajib bagi hamba abdi tetapi sah dan berpahala jika dapat dilakukan.

Takrif Berkuasa

Berkuasa mengerjakan sendiri - Seseorang itu dikira berkuasa mengerjakan umrah jika mempunyai perkara-perkara berikut :
  • Bekalan untuk yang pergi dan juga untuk keluarga yang tinggal;
  • Kenderaan;
  • Aman perjalanan;
  • Sihat badan dan akal; dan
  • Berkesempatan (mempunyai masa yang cukup) untuk mengerjakan umrah.
Berkuasa bagi wanita - Bagi kaum wanita, mereka perlu mempunyai tiga lagi syarat iaitu:
  • Mendapat izin suami atau wali;
  • Tidak berada dalam iddah (walaupun suami telah memberi keizinan atau berwasiat membenarkan pergi);dan 
Ditemani oleh:
  • Suami atau wali (atau jika tiada);
  • Mahram iaitu seorang lelaki yang haram bernikah dengannya (atau jika tiada);
  • Perempuan thiqat (dua orang perempuan yang boleh dipercayai, boleh membantu dalam urusan fizikal dan pelaksanaan ibadah. Walau bagaimanapun khidmat perempuan thiqat ini hanya boleh digunakan bagi umrah fardhu sahaja tetapi tidak bagi umrah sunat.


Rukun Umrah

Terdapat lima perkara dalam Rukun Umrah yang mesti dilaksanakan oleh jemaah. Pelaksanaan Rukun Umrah tidak boleh dibuat dengan mewakilkannya kepada orang lain. Sekiranya salah satu daripada Rukun Umrah ditinggalkan secara sengaja atau tidak sengaja, ibadah umrah tersebut adalah tidak sah. 

Lima Rukun Umrah ialah:
  • Niat
  • Tawaf
  • Sai'e
  • Tahallul
  • Tertib

Niat
Setiap ibadah hendaklah dimulai dengan niat. Jika seseorang itu tidak berniat sama ada sengaja atau terlupa umrahnya menjadi tidak sah. Berniat umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa. Berikut ialah lafaz niat umrah:
niat
Ertinya : “Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Ta'ala.”


Tawaf
Tawaf adalah salah satu rukun yang sangat penting dalam ibadat umrah. Sekiranya ia tidak dilaksanakan mengikut syarat-syaratnya, ia menjadi tidak sah dan justeru itu Sai'e, iaitu rukun yang berikutnya juga akan menjadi tidak sah.
niat-tawaf
Ertinya : “Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Ta'ala.”

Syarat- syarat sah tawaf :
  • Berniat mengelilingi Ka'abah semata-mata untuk menunaikan tawaf kerana Allah S.W.T. Lafaz niat Tawaf Umrah :
  • Ertinya: “Aku berniat Tawaf Umrah di Ka'abah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala.”
  • Tawaf hendaklah dilakukan di luar Ka'abah tetapi di dalam Masjidil Haram. Tawaf boleh dilakukan di bahagian atas Masjidil Haram tetapi mesti dipastikan bahu sentiasa mengiringi Ka'abah.
  • Tidak boleh menyentuh mana-mana bahagian Ka'abah termasukSyazarwan(bingkai Ka'abah) semasa tawaf.
  • Tidak boleh menggunakan laluan di bawah pancur emas antara Hijr Ismail dengan Ka'abah (kerana Hijr Ismail juga dikira sebahagian daripada Ka'abah).
  • Laluan tawaf hendaklah bersih daripada najis.
  • Tawaf hendaklah dimulai dari belakang garisan Hijr al-aswad dan diakhiri dengan melangkah garisan yang sama.
  • Tawaf hendaklah dilakukan sebanyak tujuh kali pusingan dengan sempurna dan yakin.
  • Mesti mengirikan Ka'abah sepanjang masa tawaf. Beri perhatian khusus apabila tiba di penjuru-penjuru Ka'abah.
  • Mesti suci daripada hadas kecil (yakni berwuduk).
  • Mesti suci daripada hadas besar.
  • Badan dan pakaian mesti suci daripada najis.( mendukung anak lelaki yang belum berkhatan adalah diaggap membawa najis yang menyebabkan tawaf menjadi tidak sah).
  • Mesti menutup aurat.


Sai'e
Sai'e adalah juga satu rukun yang penting dan perlu dilaksanakan dengan sempurna. Walaupun begitu sahnya Sai'e bergantung kepada sahnya tawaf. Jika kerana sesuatu sebab, tawaf tidak sah maka Sai'e yang walaupun dibuat dengan sempurna akan turut menjadi tidak sah. 

Syarat-syarat sah Sai'e :
  • Hendaklah dilakukan selepas tawaf.
  • Tujuan hendaklah semata-mata untuk Sai'e.
  • Sai'e hendaklah dimulai dari Bukit Safa dan tamat di Bukit Marwah.
  • Sai'e dilakukan genap dan sempurna bilangan sebanyak tujuh kali. Perjalanan balik dari Marwah ke Safa dikira sekali pula.
  • Jarak perjalanan Safa ke Marwah dikira dari kaki bukit ke kaki bukit. Tetapi sekurang-kurangnya ialah jarak yang ditentukan untuk mereka yang menggunakan kereta sorong.
  • Perjalanan dari Safa ke Marwah dan sebaliknya tidak terputus yakni seseorang itu tidak melencong keluar melalui satu pintu dan masuk semula menerusi satu pintu lain.

Tahallul
Bertahallul maknanya melepaskan diri dari larangan ihram menurut cara yang ditetapkan untuk umrah. Bagi umrah seseorang itu boleh bertahallul setelah selesai melaksanakan dengan sempurna semua kerja-kerja rukun yang lain iaitu niat, tawaf dan Sai'e.

Syarat Tahallul
Menggunakan sekurang-kurangnya tiga helai rambut (bukan bulu) dengan cara bergunting atau dengan cara–cara lain. Tetapi adalah afdhal bagi lelaki mencukur kepalanya. Bagi orang yang kepalanya tidak berambut memadai jika dilalukan pisau di atas kepalanya.

Perkara-perkara yang berkaitan dengan jemaah wanita :
  • Perempuan yang berambut panjang boleh memotong mana-mana bahagian rambutnya untuk tahallul asalkan tidak kurang dari tiga helai.
  • uami boleh menggunting rambut isterinya sebelum menggunting rambutnya sendiri selepas kedua-duanya selesai Sai'e umrah. Tetapi sebaik-baiknya suami menggunting rambutnya dulu.
  • Perempuan haid boleh bertahallul dan rambut yang dipotong dimasukkan saja ke dalam bekas yang disediakan.

Tertib Para jemaah hendaklah melaksanakan segala Rukun Umrah satu persatu, mengikut tertibnya (aturan).
Wajib Umrah Wajib Umrah ialah perkara-perkara yang mesti dilaksanakan oleh jemaah umrah, sekiranya ditinggalkan, ibadah umrah tersebut masih sah tetapi dikenakan bayaran Dam. Pengabaian terhadap perkara-perkara Wajib Umrah dengan sengaja adalah berdosa dan dikenakan Dam. Jika ditinggalkan dalam keadaan tidak sengaja, hukumnya tidak berdosa tetapi masih dikenakan Dam. 

Berikut ialah perkara-perkara Wajib Umrah :
  • (1) Berniat umrah di Miqat (sempadan) yang ditetapkan ataupun sebelumnya.
  • (2) Menjaga larangan ihram.


(1) Berniat Umrah di Miqat :
Miqat Makani (sempadan tempat) adalah tempat yang ditetapkan bagi seseorang yang hendak mengerjakan umrah melafazkan niatnya. Niat boleh dilafazkan pada mana-mana tempat sebelum sampai ke Miqat ini. Tetapi jika sudah melampaui Miqat ini, niat umrah masih boleh dilafazkan tetapi Dam berupa seekor kambing dikenakan.

Miqat bagi jemaah umrah dari Asia Tenggara (dengan kapal terbang):
Qarnul Manaazil - Lebih kurang 94km dari Makkah atau lebih kurang setengah jam perjalanan sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Makkah setelah mendarat di Jeddah.
Bir Ali -(disebut juga sebagai Zulhulaifah) – Lebih kurang 10km dari Bandar Madinah atau lebih kurang 450 km dari Makkah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Madinah dan dari sana berniat ihram sebelum bergerak menuju Mekah. Ia juga menjadi Miqat untuk penduduk bandar Madinah itu sendiri.
Lain-lain miqat (dengan kapal terbang) ialah:
Al-Juhfah -Lebih kurang 187km dari Makkah . Ia menjadi miqat untuk penduduk Syam (Syria), Mesir dan negara-negara lain dari arah yang sama.
Zaatu ‘irqin - Lebih kurang 94 km dari Makkah. Miqat bagi penduduk Iraq.


(2) Larangan Ihram:
Mulai dari saat melafazkan niat hinggalah sempurna semua Rukun Umrah, jemaah hendaklah berwaspada supaya tidak melanggar larangan ihram seperti berikut:

Perkara-Perkara Larangan Ihram
  • Mengugurkan rambut atau bulu di badan (sama ada dengan cara menggunting, mencukur,menggosok, mencabut, mengesat, menganyah,mengelap dan sebagainya)
  • Memakai minyak rambut pada kepala (dan janggut, bagi lelaki)
  • Menggunakan bau-bauan pada badan, pakaian,makanan atau minuman
  • Memakai sarung tangan
  • Mengerat kuku
  • Memburu atau membunuh binatang yang halal dimakan sama ada di Tanah Haram atau di Tanah Halal
  • Menebang, memotong, mencabut atau merosakkan pokok atau tumbuhan di Tanah Haram (sahaja)
  • Berakad nikah sama ada berijab atau qabul untuk diri sendiri atau bertindak bagi pihak orang lain
  • Bercumbuan
  • Melakukan persetubuhan

Larangan Khusus Kepada Jemaah Lelaki
  • memakai pakaian yang bersarung (sama ada berjahit atau pun tidak) yang disarungkan ke badan termasuk seluar dalam, baju dalam, sarung kaki, songkok dan sebagainya
  • menutup muka menutup kepala atau sebahagian daripadanya
  • memakai kasut yang menutup tumit dan jari kaki.

Larangan Ihram Khusus Kepada Jemaah Wanita
  • menutup muka

Ihram Bagi Kanak-Kanak

  • Kanak-kanak yang sudah baligh yang mengerjakan umrah bertanggungjawab membayar Damnya sendiri jika dia melanggar larangan ihram.
  • Bagi kanak-kanak yang belum baligh tetapi sudah mumayyiz (dapat membezakan antara bersih dan kotor) menjadi tanggungjawab ibubapa atau penjaganya membayar Dam kerana melanggar larangan ihram.
  • Kanak-kanak yang belum mumayyiz tidak dikenakan apa-apa Dam bagi kesalahan melanggar larangan ihram.

Baca :





Senarai Nama Agensi Travel Umrah Berdaftar Dengan Kementerian Arab Saudi


1. ADAM HOLIDAY TRAVEL SDN BHD
15-2-1 Level 2 Block A, Diamond Square, Jalan 2/50, Off Jalan Gombak, 53000 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
03-4021 8851 03-4022 3581

2. AGENSI PENGEMBARAAN ASARI MURNI TRAVEL & TOURS SDN BHD
Bangunan Asari Murni, 4040 Taman Mutiara, Jalan Sultanah, 05350 Alor Setar, Kedah
04-733 4088 04-733 4755

3. AL RAHALA TRAVEL & TOURS SDN BHD
60A, 1st Floor, Jalan Memanda 9, Taman Dato' Razali Ampang Point, 68000 Ampang, Selangor
03-4260 1529 03-4260 1528

4. AL-NILE TOUR & TRAVEL SDN BHD
No 15 Tingkat 1, Jalan Shahab Perdana, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05350 Alor Setar, Kedah
04-733 4023 04-732 7528

5. AL-QUDS TRAVEL SDN BHD
650, Wisma AL QUDS, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu, Kelantan
09-747 9999

6. ALFAJR TRAVEL & TOURS SDN BHD
C-1-08, 162 Residency, KL 12 Jalan Ipoh, Rawang 68100 Batu Cave, Selangor
016-332 4451 / 016-332 4452 03-6136 6718

7. AN NAJWA TRAVEL & TOURS SDN BHD
Lot FF13-2 Level1, Kompleks Gurney, Jalan Persiaran Gurney, 54000 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
03-2698 1278 03-2698 1278

8. ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN BHD
No.9 Wisma Andalusia, Jalan Belangkas, off Jalan Kampung Pandan, Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
03-9283 1588 03-9283 7566

9. AR RAUDHAH TRAVEL & TOURS SDN BHD
No 20 B Jalan MJ/1, Medan Maju Jaya, Batu 7 Jalan Kelang Lama, 46000 Petaling Jaya, Selangor
03-7781 4333 03-7782 0033

10. BAHRULMAZI TRAVEL AND TOURS SDN BHD
12-1, Prima Samudera, Jalan Prima Samudera Utara 11, 68100 Batu Caves, Selangor
03-6177 5804 / 6365 03-6177 5413

11. BATUTA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
A14, Tingkat 1, Blok A, Podium Plaza Pekeliling, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
03-4042 1205 / 4041 6612 03-4042 4846

12. BESTSTAR TRAVEL CENTER SDN BHD
Unit T02-U05-1 Jalan P9 E/1,Presint 9 62250 Putrajaya Malaysia, Putrajaya
03-8888 9554 03-8889 1163

13. CANTUMAS TRAVEL & TOURS SDN BHD
No 12 Wisma Cantumas, Jalan Bukit, Setiawangsa, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
03-4251 6588 03-4251 7588

14. CITRA TRAVEL & TOURS SDN BHD
F 10, Jalan Bayam, 15200 Kota Bharu, Kelantan
09-7484 707 / 7449 179 09-7484 707

15. CROSS BORDER TRAVEL & TOURS SDN BHD
Unit 2-2, RAH Plaza, 111 Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
03-2602 2919 03-2602 3919

16. CS HOLIDAYS SDN BHD
No 374 Mezzanine Floor, Wisma CS Holidays, Jalan Tunku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
03-2697 0800 03-2697 0810

17. DEMAK TRAVEL SDN BHD
Lot 526 (SL.1), Ground Floor, Jalan Kulas, 93400 Kuching, Sarawak
082-414 003 082-427 003

18. DERAZ TRAVEL & RESORT SDN BHD
No 48 Mezzanine Floor, Jalan Masjid India, 50100 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
03-2693 0413 / 0417 03-2698 1533

19. DINAR HOLIDAYS SDN BHD
Lot SG-33A-0, Ground Floor Shopping Gallery, Subang Square Jalan SS15/4G, 47500 Subang Jaya, Selangor
03-5636 9499 / 8499 03-5635 9499

20. EDARAN TRAVEL & TOURS SDB BHD
No 100 Jalan Impian Senai 2, Taman Inpian Senai, 81400 Senai, Johor
07-599 1066 / 2066 07-899 3066

21. ELAF SHAHIDAH TRAVEL SDN BHD
Unit S-05, Second Floor Maju Junction Mall, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
03-2694 1900 / 2900 03-2694 3900

22. FALCON TRAVEL & TOURS SDN BHD
Lot 1-1, Level1, No 38 Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa, 55100 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
03-9283 1080 03-9281 1080

23. FELDA TRAVEL SDN BHD
Ground Floor Felda CITI, Jalan Maktab 6 Off Jalan Perumahan Gurney, 54000 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
03-2693 3833 03-2698 7133

24. GOTZ TRAVEL & TOURS SDN BHD
2923C, Jalan Penchala Hilir 4, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
03-7727 0585 / 7727 8564 03-7727 7344

25. HASANI TRAVEL & TOURS SDN BHD
No. 25B, Jalan Kampung Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah
04-422 8222 / 5786 04-421 6128

26. HIDAYAH TRAVEL & TOURS SDN BHD
308-B, Tingkat 2, Lorong Perak, Melawati Square, Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
03-4106 3151 / 4108 0944 03-4106 6834

27. HM GLOBAL CHARTER TRAVEL SDN. BHD.
No. 47F, Jalan DC 4/3, Desa Coalfields, 47000 Sungai Buloh, Selangor
03-6038 9086 03-6038 3590

28. IMTIYAZ TRAVEL & TOURS SDN BHD
No 1-1-5 Block C, Diamond Square, Jalan 2/5 Off Jalan Gombak, 5330 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
03-4021 6445 03-4021 6587

29. INTERLEISURE & EVENT MANAGEMENT SDN BHD
Unit L8-11, Level Brem Mall, Jalan Jambu Mawar, Taman Sri Delima, 52000 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
03-6252 6900 / 7900 03-6252 4900

30. JAGONG MAS TRAVEL SDN BHD
No.26, Stadium Darul Aman, Jalan Stadium, 05200 Alor Setar, Kedah
04-730 3939 04-733 1961

31. JUARA TRAVEL & TOURS SDN BHD
Lot 14 & 15, Ground Floor, Puteri Park Plaza, Jalan 28 Taman Putra, 68000 Ampang, Selangor
03-4280 5248 03-4291 1440

32. KAA TRAVEL & TOURS SDN BHD
14 Floor, Menara Hap Seng, Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
03-2148 0604 03-2148 0641

33. KOPETRO TRAVEL & TOURS SDN BHD
B-0-5, Megan Avenue II, 12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
03-2164 1577 03-2164 6307

34. KRS TRAVEL SDN BHD
No 167 Jalan Lavender Heights 4, Senawang, 70450 Senawang, Negeri Sembilan
06-677 6666 06-677 0066

35. KSB TRAVEL & TOURS SDN BHD
Darul KSB, No 18, Jalan 1/76, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
03-9281 7878 03-9283 0930

36. MASAMAS TRAVEL & TOURS SDN BHD
39-2, Jalan Wangsa Setia 1, Wangsa Melawati, 5330 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
03-4149 0392 / 4131 2266 03-4143 0391

37. MISBAH TRAVEL & TOURS SDN BHD
No 27-1 Jalan Dwitasik, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, 56000 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
03-9171 3663 03-9171 2663

38. MR TRAVEL & SERVICES SDN BHD
No 91A Jalan BP 6 /3, Bandar Bukit Puchong, 47150 Puchong, Selangor
03-2289 0626 03-2289 0627

39. NAT TOUR SDN BHD
No D-30-GA, Jalan Prima Saujana 2/C, Taman Prima Saujana, 43000 Kajang, Selangor
03-8737 6396 03-8739 4440

40. OMEGA TRAVEL & TOURS SDN BHD
Unit A-21-2, Level 21, Menara UOA Bangsar, No 5 Jalan Bangsar Utama, 59000 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
03-2283 1332 03-2283 1044

41. PLATINUM GESTURE TRAVEL & TOURSE SDN BHD
Lot No. 3.66 - 3.67, 2nd Floor, Ampang Park Shopping Centre, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
03-2163 3010 / 11 / 12 03-2161 2641

42. POTO TRAVEL & TOURS SDN BHD
68-3-3 Aras 3, Dataran Shemelin, No 68 Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa, Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
03-9200 6640 03-9200 6641

43. RAHMAN BROTHERS TRAVEL SDN BHD
No. 28-1, Tingkat 1, Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
03-9200 5200 03-9200 5202

44. RAKYAT TRAVEL SDN BHD
Ground Floor, Wisma Perkeso, 155 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
03-2681 2761/ 62 / 63 03-26812764

45. RAYHAR TRAVEL SDN BHD
Lot 2.3 Level 2, PNB Darby Park, No 10 Jalan Binjai, 50450 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
03-2166 6942 03-2166 1942

46. REY-Z TRAVEL SERVICES SDN BHD
No 4B, Jalan Saga Emas 8A, Taman Saga Emas, 43000 Kajang, Selangor
03-8741 7138 03-8741 7138

47. RIA TRAVEL & TOURS SDN BHD
No 8-1-1B Jalan Medan PB2A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
03-8922 1170 03-8920 1491

48. SMAS TRAVEL & TOURS SDN BHD
Suite 3, Level 3B, Plaza Sentral, Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral 50470 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
03-2272 2000 03-2273 2211

49. SYARIKAT PELANCONGAN YAKSIN SDN BHD
Lot 195-A, Tingkat 1, Jalan Bayam, 15200 Kota Bharu, Kelantan
09-744 3136 / 09-741 2650

50. SYAZA TRAVEL & TOURS SDN BHD
No 18/AF & 18/M, Jalan Kosas 1/5, Taman Kosas, 68000 Ampang, Selangor
03-4296 2019 03-4297 2019

51. TAMIMI TRAVEL & TOURS SDN BHD
31F-3, Kelana Mall, Jalan SS 6/12, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor
03-7880 0666 03-7887 7477

52. TH TRAVEL & SERVICES SDN BHD
Bangunan TH Selborn, Tingkat Bawah Mezzanine, Tingkat 23A & 25, 153 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
03-2681 2020 03-2681 0814

53. TM TOURS & TRAVEL SDN BHD
Lot 5.3, Tingkat 5, Bangunan Cahaya Suria, Jalan Tun Tan Siew Sin, 50050 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
03-2026 7693 / 7694 03-2026 7692

54. TRIWAYS TRAVEL NETWORK (M)
Sinaran TTDI, No 6-5, Jalan Tun Mohd Fuad 3, 60000 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
03-7729 1044 03-7728 4476

55. UMH TRAVEL & SERVICES SDN BHD
Suite 1-5-20, Diamond Square, Business Center Off Jalan Gombak, 51300 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
03-4022 4444 03-4021 4444

56. UTAS TRAVEL & TOURS WORLDWIDE HOLIDAYS SDN BHD
No 33B-0-2, Ground Floor Block B, Villa Putra Condominium, Lot 33, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
03-4042 1436 03-4042 2089

57. V.I.P TRAVEL & TOURS (M) SDN BHD
Lot T-18, Tingkat 1, Wisma PKNK, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Kedah
04-731 4050 04 731 3907

58. WIRA SAUJANA TRAVEL & TOURS SDN BHD
16-1A Jalan Medan Batu Caves 1, Taman Medan Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor
03-6187 4595 03-6189 6601

59. YHA TRAVEL & TOURS SDN BHD
Unit A 15-3, Jalan Selaman 1/1, Dataran Palma 68000 Ampang, Selangor
03-4270 1522 03-4270 5217

60. ZAHAFIZ TRAVEL & TOURS SDN BHD
No 11 Jalan Singa E, 20/E, Seksyen 20, 40000 Shah Alam, Selangor
03-5549 1549 03-5548 0022

61. ZUSB WORLD TRAVEL SDN BHD
3.17 Tingkat 2, Medan MARA, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
03-2692 9077 03-2692 2077


Segala rujukan boleh rujuk di sini

1 comment... add one now

raihanah raihanah Mac 10, 2016
alhamdulillah banyak ilmu di sini, boleh jadi rujukan