Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Nak Beli Aircond Dan Penghawa Dingin Yang Murah?

Rumah Selesa Dengan Aircond Murah Dan Terbaik

Aircond Dan Penghawa Dingin Yang Murah 


Ramai orang sekarang ni tercari-cari alat penghawa dingin yang murah ataupun air conditioner yang terbaik. Jualan terkini dengan harga murah menyebabkan ramai orang suka beli di atas talian menjadikan jualan aircond yang murah sekarang ni semakin meningkat.

Biasalah, cuaca di Malaysia ni makin panas disebabkan fenomena El Nino. Buatkan diri dan badan jadi tidak selesa. Bila waktu malam pula, semasa nak tidur bilik terasa terlalu panas bahang. Buka kipas full speed pun masih tetap panas.

Inilah penyebab utama ramai orang mencari penghawa dingin. Bila di kedai elektrik yang menjual peralatan dan produk elektronik mesti mereka ada buat jualan promosi.

Ambillah peluang ini untuk beli, biar dapat harga diskaun baru puas hati.

Baca : 5 Penghawa Dingin Yang Murah Jenis Mudah Alih

Paling best kalau produk air cond yang murah lagi-lagi jenis penghawa dingin jenis mudah alih. Boleh dikatakan setiap rumah ada air cond sekurang-kurangnya sebiji air cond.

Ini pun salah satu kebaikan kalau ada aircond di rumah, supaya mereka yang punyai baby tidur dengan selesa. Kalau rumah panas, bila bayi nak tidur pun rasa selesa.

Nanti habis lah baby meragam, mahu menjerit satu rumah dengan tangisan yang kuat.


Tip Beli Aircond Dan Penghawa Dingin Yang Murah


Sebelum korang nak beli aircond, aku cadangkan sedikit tips yang berguna untuk korang buat pilihan mana satu yang terbaik untuk korang beli penghawa dingin nanti.


Penghawa Dingin Dan Aircond Murah Yang Terbaik

Tips Pertama - Nak Jimat Elektrik Pilih Aircond Inverter


Penghawa Dingin Jenis Inverter Yang Murah
Atas ni adalah penghawa dingin jenis Inverter. 
Nak tengok boleh singgah di sini.


  • Kalau korang suka guna aircond dengan tempoh masa yang agak lama dan panjang, aku cadangkan korang beli penghawa dingin (aircond) jenis fungsi Inverter. 
  • Kelebihan Penghawa Dingin jenis Inverter, dia mempunyai satu system penjimatan elektrik sehingga 50%.
  • Jadi kepada korang yang suka dengan suhu sejuk dengan penggunaan aircond yang lama dan terbaik, korang pilih saja jenis Aircond Inverter sebab ianya jauh lebih jimat dari segi penggunaan elektrik. 
  • Kelebihan yang ada pada Aircond jenis Inverter, ia dapat mengawal kelajuan motor dan ia juga dapat mengikut suhu yang ditetapkan.
  • Penghawa Dingin Inverter ini harganya mahal sedikit, tapi ia dapat menjimatkan elektrik.
  • Aircond Inverter menggunakan Gas Inverter jenis R410a dan harga untuk gas mahal juga.



Tips Kedua - Tengok Ruang Dan Sekeliling Ruang Rumah Atau Bilik


Rumah Cantik Dengan Aircond Murah
  • Tips terbaik adalah dengan menentukan rupa keluasan ruang di rumah korang. Ini juga memainkan peranan yang sangat penting. 
  • Jika ruang rumah atau bilik korang menghadap depan matahari di waktu siang, maka lebih baik korang pilih aircond jenis kuasa kuda yang sangat tinggi.
  • Bila menggunakan kuasa kuda yang tinggi, hembusan angin suhu sejuk dapat menyejukkan sekeliling ruang tamu dan bilik korang bila berhadapan dengan cahaya haba matahari atau panas.
  • Panas haba waktu siang juga penyebab utama kenapa waktu malam menjadi bahang. 
  • Jika menggunakan aircond berkuasa tinggi ia dapat menggurangkan suhu panas dalam bilik di waktu malam.
  • Kenapa aircond tak sejuk padahal sudah pasang dengan kelajuan tinggi dan suhu paling rendah?
  • Puncanya adalah, kuasa kuda pada aircond sangat lemah dan mungkin ruang tamu terlalu terdedah dengan cahaya matahari dan haba panas yang lama.
Penghawa Dingin Dengan Kuasa Kuda Tinggi Bukan Jenis Inverter
Atas ni Penghawa Dingin jenis 2.5 kuasa kuda. Tapi bukan jenis Inverter.
Boleh singgah di sini.




Tips Ketiga - Jika Ada Masalah Dengan Alahan Boleh Pilih Jenis Ionizer


Penghawa Dingin Murah Dengan Ionizer
Atas ni adalah jenis Inverter sekali dengan Ionizer. 


  • Bagi mereka di luar sana yang ada alahan dengan habuk dan hama kerena udara tidak bersih, korang boleh pilih aircond jenis inverter yang ada Ionizer.
  • Ionizer boleh mengeluarkan negatif dan positif ion dan ia juga dapat menghapuskan segala jenis fungus dan backteria di udara.
  • Penghawa dingin Ionizer juga sesuai dengan bayi, kerana dapat membekalkan udara yang bersih.
  • Nama lain seangkatan dengan Ionizer adalah Plasmacluster / I-Plasma.



Ok, cukup 3 tips untuk korang pilih. Setiap jenis aircond ada bermacam fungsi. Korang kalau nak angin kuat lepas tu nak suhu sejuk sentiasa, korang boleh pilih yang ada kuasa kuda tinggi.

Kalau korang nak beli untuk jimat, beli jenis Inverter dengan kuasa kuda tinggi. Baru best!

Kalau nak udara yang bersih lepas tu nak jimat elektrik, boleh pilih yang ada ketiga-tiga jenis di atas. Harganya mungkin lagi mahal. Ye lah, semua serba lengkap, harga pun best. Betul tak?

Kalau korang nak pilih Aircond Portable / Penghawa dingin jenis mudah alih boleh singgah di bawa ini.

Baca : Penghawa Dingin Yang Murah Dengan Kualiti Terbaik





1 comment... add one now

Nik Khazami Nik aziz Nik Khazami Nik aziz Mac 29, 2016
baik beli yg inverter. jimat letrik..