Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

5 Jenis Aiskrim Malaysia Paling Best

Menjadi Trending Gara Gara Aiskrim Sumi | Aiskrim Jelly Malaysia 

Disebabkan terpengaruh dengan aiskrim sumi yang tengah hot trending semacam panas sama seperti cuaca sekarang ni. Semalam aku dah try buat Ais Krim perisa Strawberry dengan Pisang hasil daripada campur aduk resepi asal Ais Krim Sumi tu.

Untuk hari ini aku aku gigih pegi cari perisa honeydew dengan keladi pula. Aku malas nak guna sumi tapi cuba gantikan dengan serbuk jelly puding perisa buah-buahan untuk buat Ais Krim Malaysia. Malam tadi, kami makan aiskrim ni dalam bilik ekon. Haaaa...tak ke nampak benor panaihnye weh..

BACA : BISNES AISKRIM UNTUK ORANG MALAS!

Aiskrim Puding Jelly Malaysia


Paling menarik buat aiskrim ni, kita boleh cuba variasikan pelbagai warna dan rasa. Ais Krim Malaysia ni unik sebenarnya, dulu opah aku selalu jual dengan Harga 10sen waktu zaman 1998-2002 masa aku umur 8 ke 12 tahun gitu. 

Masa kecik kecik waktu petang. aku selalu main game aci ligan, main penggal kasut, galah panjang la segala macam la aku main waktu tu. Time dah nak senja tekak tu pun rasa dahaga, kawan aku pun sama. Start dari situ la lah opah aku serius menjual aiskrim malaysia dan berniaga air waktu petang-petang depan padang permainan.

Dapat la juga rezeki pendapatan waktu petang hasil jualan aiskrim yang tak seberapa tu. Asalkan kita berniaga dengan ikhlas kita akan rasa puas. Orang happy, kita happy.


KENAPA BUAT BISNES AISKRIM BOLEH JADI KAYA?



Honeydew Ais Krim Malaysia Super Green Hulk!


Hijau meleleh air liur tengok kan? Lagi lagi perasa Honeydew! Mesti la rasanya sedap manis rasa buah tembikai susu. Lagi sedap kalau campur dengan air soda!!! Serius rasa tu ada lagi kick!

Soda Super Kiwi Aiskrim Malaysia


Sekarang duk trending buat Ais Krim Sumi, aku pula buat suka hati cuba cuba variasikan jenis dan rasa Aiskrim Malaysia ni. Aku namakan dia Super Soda Kiwi Aiskrim Malaysia dan aku punya buah kegemaran semestinya buah kiwi. Manis, masam, bersoda!
Nak resepi dia? Senang je, beli 1 botol perisa buah kiwi cordial yang likat lagi pekat, 1 botol air gas soda, 1 bijik lemon, 10 biji buah kiwi.
Nak lagi sedap, blend 8 biji buah kiwi bersama air gas soda dengan perahan air lemon. Pastu hiriskan potongan slice buah kiwi. 




Korang taknak cuba ke buat Bisnes Aiskrim? 
Korang kena tahu pendapatan untuk jualan dalam Bisnes Aiskrim ni boleh buat keuntungan lebih 1200% dalam sebulan! SEHARI BOLEH DAPAT RM500 DALAM MASA 3 JAM SAHAJA! 




Aiskrim Jeruk Pak Ali Sempoi Malaysia 


Disebabkan aku ni orang penang, jeruk pak ali la jadi bahan uji kaji aku untuk cuba buat keunikan Aiskrim Malaysia. Ini nama dia Aiskrim Jeruk Pak Ali Sempoi! 

Kenapa sempoi? Sempoi sebab dia kan jeruk dan jeruk kan sempoi? Tak ke sempoi?

Tompok Hitam Putih Nutella Aiskrim Coklat Malaysia


Ini namanya si Tompok Hitam Putih Nutella Aiskrim Malaysia. Bukan sebarang tompok, tompok ni lemak berkrim ye hasil daripada susu lemak manis Dutch Lady dengan Nutella! Jangan abang tak payung pula.

Nak tahu rasa dia? Buat sendiri baru la tahu rasanya. Nak buat Aiskrim Nutella Lemak berkrim ni simple je.

Resepi dia, 1 kotak Susu Dutch Lady, 2 biji telur, 1 botol nutella dan gula/madu.

1 kotak susu dutch lady campur 2 biji telur dengan gula secukup rasa. Ambik hand mixer pasang dan putarkan bahan tadi sambil kacaukan kasi naik gebu. Pastu, siap. 

Ambik Plastik Aiskrim Malaysia, bubuh nutella campak campak, pastu campak masuk bahan tadi kedalam. Biarkan semalaman dalam peti ais.

Ok la, sekian saja coretan aku pasal Aiskrim Malaysia ni. Sorry comment dibawah aku hide, sistem tergendala. :)





0 comment... add one now