Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Antara Rumah Dan Kereta Mana Satu Nak Beli Dahulu?

Antara Nafsu Kehendak Dan Keperluan Antara Kereta Dan Rumah Mana Satu Langkah Paling Terbaik Untuk Beli Dahulu

Oh ya, lagi beberapa bulan saja je lagi dugaan nak raya ni menjelma, mesti korang nak tunjuk kereta baru dekat orang kampungkan.

Iyelah siapa pakai kereta mewah ni, dia nampak lebih berjaya.

Nak tunjuk rumah, tak boleh di bawa tunjuk. Orang kampung bukan nampak pun. Malulah dangan orang kampung nanti kan?

Bagaimana Nak Beli Kereta Mahal Tapi Bayar Bulan Secara Sedikit? Teknik Beli Kereta Secara Percuma Pun Boleh!

Jom kita main kira-kira sikit macam mana nak pakai kereta secara FREE (Typical org Malaysia kan suka benda FREE)

A)KERETA
  • Harga - RM 79 300
  • Bulanan - RM 900
  • Cashflow = 0
  • Susut nilai = 10% - 20% /tahun


B)RUMAH
  • Harga - RM 90 000
  • Bulanan - RM 500
  • Sewaan - RM 900
  • Cash flow = RM 400
  • Kenaikan nilai = 5% - 20% /tahun



Langkah Strategi Terbaik Adalah :

1. Beli 2 buah rumah dan sewakan dengan cashflow RM 400/sebuah rumah.
Total 2 buah rumah = RM 800/bulan

Korang dapat RM800 untuk sebulah hasil daripada jana pendapatan cashflow sewaan rumah tadi.

2. Beli kereta tadi dengan monthly bulanan RM 900.
RM 900 - RM 800 = RM 100/bln

Lagi RM 100 mana nak cekau? Korang kongsi-kongsi lah dengan awek/isteri/suami korang tu. Cakap dengan dia kereta ini kita berdua naik bersama kan? Jadi cuma mintak dia topup RM 100/bulan. Kan nak dating nanti naik pula kereta sama sama kan? Jadi sama-sama lah bayar.

Kata sayang meyayang cinta dikenang, perasaan menjadi rindu..

So tercapai hajat korang nak pakai HONDA CITY model baru secara FREE !!!!

0 comment... add one now