Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Hero Baru APLHA Vainglory



Hero Baru ALPHA Vainglory Version 1.16.0


Aku mula aktif main game Vainglory ni sejak tahun lepas Julai 2015. Dulu aku minat sangat  main game DOTA 2 dekat PC, tak terfikir pun pasal game Vainglory ni serupa macam game DOTA siap boleh pilih hero kegemaran untuk battle sama. Cuma yang bezanya perlawanan hanyalah lawan 3 VS 3 saja. Tak macam Dota dia boleh lawan 5 vs 5 dengan MAPS yang besar.

Untuk game Vainglory ni cukup sekadar 3 vs 3 sebab main pun dalam phone siap pakai internet. Kalau lawan 5 vs 5 takut nanti server down dan lag memanjang.

Apa yang menarik tentang game ni adalah boleh main dekat phone, jadi tahap ketagihan tu menjadi gian untuk main hari-hari.

Serius cakap, siapa yang suka main game DOTA tu akan jatuh hati main game Vainglory versi mobile phone. Ada banyak pilihan hero yang boleh di ambil, salah satu hero kegemaran aku si Joule! Karakter hero dia simple dan senang nak kawal. Skill kuasa dia pula mudah dan senang nak aim musuh dengan target tepat. Lagi-lagi kuasa slot button c, si laser kamehamehaaaa.

Sejak main game Vainglory ni, aku mula aktif pula main dalam guild. So guild yang aku join ni agak terkenal juga la, sebab ramai orang-orang Malaysia main dalam satu guild. 

Guild Vainglory Made In Malaysia (MiM Vainglory) memang terbaik, kalau ada geng sekepala boleh main dalam satu team untuk naik skill tier masing-masing. Paling tinggi level Vainglorious skill tier 10.

Nak capai level Vainglorious tu kena ambil masa 2 bulan lebih juga la. Tapi kena ada team power baru senang naik level.

Hero Baru ALPHA Vainglory Version 1.16.0






Dari segi teknikal skill, nampaknya hero baru ALPHA ni nampak gempak, skill slot A dia boleh aim musuh dengan target tepat. Lepas tu yang bestnya skill slot C boleh meletup dan reboot semula nyawa HP kembali kepada asal.

Kali ini untuk update baru didatangi dengan Battle Royale, dinding tepi nak masuk ke hutan tengah di tutupi dengan benteng. So cara ni untuk mempercepatkan lagi perlawanan diantara dua pihak. Suasana permainan agak cepat dan laju, kena main penuh dengan strategi baru team boleh menang. Pakai aplikasi POPCORN untuk buat voice talk semasa bermain bersama team baru meriah.

Kalau mahu muat turun (download) game ni boleh search 'vainglory" saja di APP STORE / Google Play Store. Muat turun fail dalam 600mb lebih saja. Jangan lupa add aku di game Vainglory. ID game IGN aku "mejuez"



2 comments.. read them below or add one

titan titan April 02, 2016
haha..

hang main jugak game ni kah?
Muhammad Anazs Muhammad Anazs April 21, 2016
Ak nk masuk guild MiM..tp x de spe pon antar invite..