Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Beli Buku Online Guna BB1M Dengan Bookcafe - Baucar Buku 1Malaysia

Beli Buku Online Guna BB1M

Beli Buku Online Guna BB1M Dengan Bookcafe


Assalammualaikum semua, bagi pelajar yang sudah mendapat Baucar Buku 1Malaysia mesti korang tak tahu nak buat apa kan? Korang tahu tak macam mana nak gunakan Baucar Buku 1Malaysia 2016 tu untuk beli buku online dengan mudah sekali?

Zaman sekarangs serba canggih ni macam-macam kemudahan kita boleh buat. Sampaikan kita guna BB1M pun dah boleh beli buku secara online dengan cara mudah dan paling senang. 

Di sini pihak Bookcafe.com.my telah buat satu artikel dimana pelajar yang telah mendapat Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) juga boleh beli buku dengan bayaran menggunakan BB1M secara pos untuk beli buku secara online.

Jadi, macam mana nak guna BB1M (Baucar Buku 1Malaysia) untuk beli buku online?

Tahu Bagaimana Mahu Guna BB1M Untuk Beli Buku Secara Online Di Bookcafe.com.my?


Beli Buku Online Guna BB1M

Cara Membuat Pesanan Beli Buku Guna BB1M Secara Online

  1. Buat pesanan buku di Bookcafe.com.my seperti biasa. (Rujuk sini)
  2. Pilih Baucar Buku 1Malaysia 2016 sebagai kaedah pembayaran.
  3. Klik Submit My Order seperti biasa.
  4. Buka & semak email anda.
  5. Bookcafe akan emailkan invoice pembelian yang mengandungi NOMBOR ORDER. Gunakan nombor order ini sebagai rujukan apabila berurusan dengan Bookcafe.

NOTE : 
SILA IKUT PERKARA PENTING DI BAWAH INI DENGAN IKUT URUTAN A,B,C


A. Perkara Penting Untuk Menyediakan Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang perlu disediakan adalah:
  1. Baucar Buku 1Malaysia (BB1M)
  2. Salinan Kad Pengenalan (MyKad)
  3. Salinan Kad Pelajar 
Salinan kad pelajar - Kad matriks atau apa-apa bukti yang menunjukkan pemilik baucar buku ini adalah pelajar sah di institusi baucar buku ini dikeluarkan.

B. Perkara Penting Baucar Buku Mesti Diisi Dengan Lengkap Iaitu Mengandungi

  1. Nama Pelajar (Depan)
  2. No. Kad Pengenalan (Depan)
  3. N0. Telefon (HP) (Depan)
  4. Cop Rasmi Sekolah/Kolej/Universiti (Belakang)

Kami tidak akan memproses sebarang pesanan yang dibuat menggunakan baucar buku yang tidak diisi dengan lengkap. Kami akan memulangkan baucar buku ini dengan kos penghantarannya ditanggung oleh pelanggan.

C. Tuliskan NOMBOR ORDER pada salinan dokumen yang dihantar untuk rujukan kami.



Beli Buku Guna BB1M


Bagaimana Cara Menghantar Baucar Buku 1Malaysia Kepada Bookcafe.com.my?


A. Nilai baucar buku yang perlu dihantar mestilah sama atau lebih daripada jumlah yang perlu dibayar seperti yang dicatat dalam invoice pembelian.


Contoh 1: Invoice bernilai RM100.00
- Jumlah baucar buku yang perlu dihantar ialah 2 keping (2 x RM50 = RM100)

Contoh 2: Invoice bernilai RM149.00
- Jumlah baucar buku yang perlu dihantar ialah 3 keping (3 x RM150 = RM150) 


# Sekiranya nilai baucar buku melebihi nilai invoice, Bookcafe TIDAK akan memulangkan bakinya kepada pelanggan. Pelanggan digalakkan merancang nilai pembelian supaya genap dengan nilai baucar buku.

# Sekiranya nilai baucar buku kurang dari nilai invoice, kami TIDAK akan memproses pesanan pelanggan.



B. Gunakan Pos Berdaftar (contohnya Pos Express atau Pos Laju) sahaja.


C. Simpan tracking number penghantaran anda untuk rujukan akan datang. Kami tidak bertanggungjawab terhadap baucar buku yang tidak sampai kepada kami.


D. Hantarkan ke alamat kami di:

PTS Bookcafe Sdn. Bhd.No 12, Jalan DBP,Dolomite Business Park,68100 Batu Caves, Selangor, MALAYSIA.

No : 03-61850718



Beli Buku Online Guna BB1M



Sebelum terlambat, disini ada jualan PROMOSI INDIE BOX dimana pelajar yang sudah menerima Baucar Buku 1Malaysia korang boleh beli buku-buku BEST SELLER di bawah ini dengan segera. 

Perkara Penting Kena Tahu!

  • Hanya buku dalam kategori Indie Box sahaja layak menikmati tawaran Indie Box.
  • Pembelian 5 naskhah ke bawah tiada free shipping
  • Pelanggan perlu menanggung kos pos buku secara berasingan (bayar secara bank-in).
  • Pilih kuantiti buku yang tepat dengan nilai BB1M iaitu RM50 = 2 buku, RM100 = 5 buku, RM150 = 7 buku, RM200 = 10 buku, RM250 = 12 buku.
  • Hanya pemilik BB1M yang sama untuk 1 pesanan. 
  • Tidak boleh campur BB1M milik orang lain dalam pesanan yang sama.



 Beli Buku Guna BB1M Dengan Bookcafe






0 comment... add one now