Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Bisnes Jalanan Gaya Kostum Deadpool Sambil Jual Sandwich Tuna


Bisnes Gaya Berkostum Deadpool Malaysia Jual Tuna Sandwich Jalanan
Superhero Deadpool Malaysia dapat menarik perhatian ramai pengguna jalan raya yang berhenti dijalanan dan mahu bergambar sambil membeli sandwich serta kopi yang jual oleh Malfil dan Rizal di Jalan Sulaman, Kota Kinabalu baru baru ini. 
Gaya bisnes yang agak gila gila, tapi membuatkan promosi itu menjadi Viral di media sosial sekarang ini.
Bisnes kena power, gaya marketing juga kena sempoi. Barulah profit datang dengan sendirinya. Dalam masa yang sama teknik gaya berkostum ini juga dapat meningkatkan Brand Jualan kita dijalanan secara tak langsung. 

Bisnes Gaya Kostum ini diinspirasikan dari peniaga yang pernah viral sebelum ini, Nasi Lemak Spiderman dari Kelantan


Dan kali ini, pemuda Malfi Yusof, 28 tahun dari Sabah menggunapakai gaya bisnes Nasi Lemak Spiderman tersebut dengan bermodalkan kostum Deadpool pula. Deadpool Malaysia ini berniaga Sandwich Telur dan Tuna bersama Kopi di tepi Jalan Sulaman sejak 2 minggu yang lalu.
Ramai juga yang datang membelinya, sambil bergambar sambil membeli. Target jualan adalah pengguna yang menghala ke Bandaraya.
Katanya, dia hanya menggunakan konsep Nasi Lemak Spiderman di Kelantan dengan bantuan rakan yang mengenakan kostum berkenaan sekali sekala, bermula semalam demi mencari pelanggan baharu, selain memperkenalkan menu disediakan. 
Cubaan beliau tidak sia-sia kerana pelanggan tidak putus-putus singgah di gerainya dan ramai yang mahu bergambar dengan Deadpool Malaysia Jual Sandwich. 
Malfil dan adiknya menjual sandwich dengan harga RM1.50 sebungkus dan kopi RM1 secawan. 
"Kami hanya menjual 100 sandwich setiap hari bermula jam 6.30 pagi dan habis dalam tempoh 30 minit hingga sejam," 


Bisnes dengan cara marketing sempoi, gaya ini menjadi tarikan yang unik. Orang pasti singgah dan mesti mahu bergambar sambil membeli Sandwich dan Kopi secara tak langsung.

Terbaik Anak Muda!



0 comment... add one now