Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Bisnes Online Jadi Viral?


Bisnes Online Viral? Sekarang ni ramai orang buat bisnes dan juga bisnes online, apa saja bisnes yang boleh di buat mesti ada untungnya. Kebanyakkan orang buat bisnes berdasarkan faktor isu semasa. Paling ketara selalunya bisnes makanan, sebab bisnes makanan ni banyak permintaannya yang tinggi.

Contoh, Aiskrim Sumi salah satu produk tradisional aiskrim malaysia yang telah diinovasikan menjadi pelbagai rasa yang unik buatkan aiskrim ini hot trending di dalam media sosial  kategori bisnes online viral.

Tengok sajalah zaman sekarang ni banyak trending isu semasa dalam perniagaan, sebagai contoh paling ketara adalah isu viral. 

Kenapa isu ni menjadi hot topik yang mengaut keuntungan yang banyak hasil daripada dalam bisnes online dalam bisnes semasa?

Bisnes Viral adalah salah satu Viral Marketing yang tak dapat dibayangkan dan juga susah bagi kita hendak tahu produk kita itu akan menjadi viral atau tidak. 

Sebab benda ini terpengaruh oleh orang sekeliling kita, dan juga hasil daripada pengkongsian keterujaan seseorang itu untuk menekan button SHARE di facebook.

Bisnes Online Viral - Jubah Pahlawan

Jubah Pahlawanan salah satu hot viral bisnes untung besar punca daripada produknya yang agak UNIK dan AGAK GANJIL buatkan bisnes baju jubah ini menjadi trending di media sosial dan juga buahan mulut orang ramai. 

Dalam masa yang sama siapa yang buat bisnes online tentang produk itu akan menjadi laris macam pisang goreng panas. Permintaannya yang agak tinggi buatkan produknya akan diingati sampai bila bila dek kerana isu viral.

Zaman GST ini remaja sekarang sudah bijak berbisnes dan bisnes part time. Dari segi modal yang agak sedikit mereka boleh jana pendapatan pasif yang menguntungkan. Adanya Internet, Instagram, Facebook menjadikan produk mereka laris di dalam jualan bisnes secara online.

Apa Itu Bisnes Online?

Bisnes online adalah jualan barang secara atas talian, sepertiimana jualan langsung yang berlaku di facebook, instagram, blogger, whatssapp, twitter, dan lain-lain adalah business online.


Tips Cara Buat Bisnes Online Jadi Viral

Cipta Satu Produk Sedia Ada Dan Inovasikan Dia!
  • Sebagai contoh, tiru gaya aiskrim malaysia. Cuma buat pelbagai rasa dan warna yang unik. Dan HEBAHKAN ke media SOSIAL.
  • Jubah melayu lelaki. Fesyenkan dia ikut citarasa yang unik dan warna yang menawan. Ini buatkan orang ramai akan bising 

Tulisan, Penulisan Dan Gambar
  • Setiap gambar, ada maknanya dan setiap tulisan serta penulisan ada auranya.
  • Jadi tulis guna hati, buat penulisan tentang pengkongsian maklumat dan tips yang berguna.
  • Pilih gambar yang bersesuaian tentang penulisan korang.
  • Bina satu penulisan yang bermaknya dan bermanfaat untuk orang ramai.
  • Gambar yang cantik, unik adalah gambar yang berjiwa keterujaan.

Post Dan Share
  • Sebelum post sesuatu artikel, fikirkan dulu point point yang bermakna, kongsikan benda yang baik untuk sesuatu produk itu.
  • Setiap kali post, hashtag kan dia dengan keyword yang berguna dan unik untuk semua orang. 

Akan update lain nanti idea hilang tetiba... post dulu.. >_<


3 comments.. read them below or add one

mrhanafi mrhanafi Mac 11, 2016
bila dah viral...senang dapat publisiti dan promosi yang sangat luar biasa tu..
Raihanah Ahmad Raihanah Ahmad Mac 11, 2016
viral sebahagian daripada publisiti, macam quputeh juga kan
Tanpa Nama Tanpa Nama Mac 11, 2016
Buat bisnes jadi viral ni la best, orang tu buta buta je free dpt promosi.. haha