Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Bisnes Terbaik 2016 Ayam Golek Bazar Ramadan





Bisnes Terbaik 2016 Ayam Golek Bazar Ramadan

Nota : Penulisan ini adalah hasil daripada Roslan Rahmat. Segala idea dan penulisan adalah hasil daripada beliau dan dioleh ayat orang saya selaku penulis di blog Mejuez.
Ayam Golek merupakan antara 5 pilihan bisnes terbaik untuk menu makanan di Bazaar Ramadhan yang paling laris sepanjang zaman! Bisnes Ayam Golek Bazar Ramadan juga boleh menjana pendapatan yang tertinggi antara 5 menu pilihan.

Suasana berniaga di Bazar Ramadan memang seronok. Buat Bisnes Ayam Golek dapat membuatkan Aroma Ayam Golek berterbangan oleh asap yang berkepal kepul mengamit selera dan nafsu makan membuak-buak dengan pengunjung yang ramai terutama di Bazaar Ramadhan.

Peluang rezeki yang cerah untuk jana pendapatan di Bulan Mulia di, Bazar Ramadan.

Perkara Asas Memulakan Perniagaan Bisnes Ayam Golek Bazar Ramadan


Jom kita lihat apakah barang dan juga persedian asa untuk memulakan bisnes yang kecur air liur ini.


Peralatan Asas
Bisnes Ayam Golek
Harga
Khemah 10x10 AA RM 228
Meja Dan Papan Lipat Pasar Malam 6' RM 100
Mesin Golek Ayam RM 2400
Bateri RM 200
Bekas Air Batu 200 Liter RM 268
Storage Box 650x410x260 RM 35
Besen Besar Basuh Ayam RM 15
Chopping Board 446x273x16mm RM 40
Alas Meja Tarpolin 2 1/2 meter RM 30
Topi (2), Apron (2), Gunting Ayam, Penyepit arang, dll RM 100
Butterfly Commercial Blender B-592 RM 450
JUMLAH RM 3866

Nota :

  • Kepada pembekal mesin golek, Tuan puan diizinkan untuk memberi maklumat pakej tuan diruangan komen untuk kemudahan kepada sesiapa yang berminat.
  • Mesin penggolek jika mahu yang pakai gas selain arang harga RM5000 keatas. Tapi lebih bagus kerana tertutup dan bebas habuk dari jalan.
  • Blender digalakkan beli yang heavy duty jenis komersial. Tuan akan dera blender tuan setiap hari. bukan sekali kisar sehari.. kepanasan melampau akan cepat merosakkan blender biasa. berapa banyaklah sangat blender biasa di rumah itu boleh kisar.
  • Bekas Air Batu 200l dijangkakan boleh memuatkan 25 ekor ayam satu satu masa.


Pengangkutan

  • Tuan puan MESTI mempunyai sekurang kurangnya van atau lori 1 tan untuk memunggah turun dan naik mesin penggolek ke tapak Bazaar setiap hari.


Bahan Mentah
Bisnes Ayam Golek
Harga
25 Ekor Ayam Bulat (tanpa kepala, kaki dan dalaman) RM 243.75
Madu, Lada Hitam, Sos Tiram, Halia dll RM 50
Sos Cili dan Sos Lada Hitam RM 30
JUMLAH RM 323.75

Nota:

  • Tuan puan mesti mencari pengedar ayam kawasan untuk mendapatkan harga borong/niaga dan yang paling penting dapatkan berat antara 1.0 hingga 1.5kilo. Perlu diberi pertimbangan semasa bulan puasa harga ayam akan naik dan harga berubah ubah setiap hari. Bekalan harus mencukupi setiap hari.
  • Resepi perapan boleh didapati di M/s 53 Resepi Kepak Ayam Madu di buku resepi 500 Kompilasi Resepi Chef Hanieliza terbitan PTS. (boleh beli online PTS harga cuma RM35)


Bahan Sampingan Harian Harga
Arang 4 Bag RM 36
Plastik Nasi Lemak RM 6
Paper Bag RM 6
Plastik Jinjing RM 2
JUMLAH RM 50



Bahan Bahan Pemasaran (RM370)

  1. Bunting 2x5 (RM40)
  2. Banner Atas 2x10 (RM80)
  3. Banner Belakang 5x10 (RM200)
  4. Upah Design (RM50)

Nota:

  • Boleh juga membuat beberapa banner di tepi jalan memberitahu bisnes ayam golek tuan di tapak bazar
  • Juga jika mahu membuat flyer hantar rumah ke rumah


Pekerja

1 orang bahagian pembelian :

  • ayam di pasar awam
  • bahan kisar dipasaraya
  • Arang di kedai perkakas dapur
  • Cas Bateri Mesin Golek di Kedai jual bateri kereta

2 orang di bahagian bersihkan ayam, perapan

  • 2 orang di tapak jualan Bazaar (abang sado diutamakan sebab kudrat yang kuat diperlukan untuk menurun dan menaikkan mesin penggolek yang berat serta bekas air batu yang memuatkan 25 ekor ayam (hampir 45kg termasuk air batu dan bekas) serta khemah dan meja jualan.



Kursus / Persediaan awal (RM 300)

  • Kursus bisnes ayam golek (RM300)
  • Kursus pengendalian Makanan
  • Suntikan Ty2

Nota:

  • Kepada pengendali pengendali kursus bisnes ayam golek, sila berikan maklumat pakej tuan puan di ruangan komen untuk memudahkan kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus.



Jumlah Modal 
Perkakas Asas dan Bahan untuk 
1 Hari

RM4,909.75

IDEA BISNES BAZAAR RAMADHAN (1 DARI 5)- AYAM GOLEK=====================================(Nota: Tuan Puan diizinkan...
Posted by Roslan Rahmat on Sunday, March 20, 2016


0 comment... add one now