Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Buat Duit Affiliate Involve Asia Pertama Dengan Lazada Malaysia

Buat Duit Dengan Affiliate Involve Asia Pertama


Buat Duit Affiliate Involve Asia Pertama Dengan Lazada Malaysia


Alhamdulillah syukur untuk permulaan Affiliate dengan Involve Asia, hasil jualan telah disahkan oleh Lazada Malaysia. Aku dapat 6% komisyen dari jualan yang terhasil maka aku dapat juga lah sikit sagu hati sebanyak RM2.20 tunai.

Sebenarnya buat duit affiliate dengan Involve Asia ni senang je, lagi lagi buat content tentang barang dari Lazada Malaysia. 

Aku bab review barang memang suka, suka menulis sebenarnya. Kadang bosan-bosan aku usha usha la apa barang tengah hot kat instagram.

Pastu aku implikasikan lah barang dari Instaram, aku create buat content tentang barang hot item tu. Alah benda ni normal je, cuma kita kena pandai fikir apa isu semasa sekarang ni tengah trending.

Jadi fikirkan lah barang apa yang tengah trending tu untuk dijadikan content khas dalam Affiliate Involve Asia, bersama link link affiliate Lazada Malaysia.


Pendapatan Buat Duit Dengan Affiliate Involve Asia Pertama


Biarpun sikit untuk permulaan, tapi aku puas sebab ini pengalaman pertama adalah pengalaman paling terindah buat blogger. Tanya lah rata-rata blogger diluar sana mesti pengalaman pertama buat dorang gembira adalah buat duit pertama dari blog sendiri.

Ada yang buat duit dengan nuffnang, ada buat duit dengan Advertorial, ada juga blogger buat duit dengan Adsense Google. 

Benda ni sebenarnya adalah penghargaan untuk seorang blogger , meraikan rasa gembira sebab dapat buat duit dengan blog pertama mereka.

Ok, balik kepada diri aku. Jumlah yang aku terima untuk minggu ini adalah RM2.20. Itu adalah jumlah harga pertama aku dapat dari Affiliate Involve Asia dengan hasil jualan terbayar oleh Lazada Malaysia..

Aku tulis pengalaman buat duit dengan Affiliate Involve Asia pertama ini bukan apa, sebab aku tahu ramai blogger belum tahu lagi tentang kewujudan syarikat Involve Asia ni. 

Untuk info, nama sebelum Involve Asia ini adalah Shopstylers dan sekarang mereka buat rebranding untuk kuatkan lagi jenama mereka.

Jadilah Involve Asia.

Apa Kehebatan Involve Asia Berbanding Affiliate Yang Lain Diluar Sana?


Kelebihan yang ada pada Involve Asia ini adalah, mereka menyediakan pelbagai syarikat popular untuk dijadikan sebagai tempat affilite pertama dalam satu bumbung.

Ada bermacam macam syarikat yang ada dalam Involve Asia, kita cuma kena pilih beberapa syarikat berpontensi untuk buat duit.

Aku pilih Lazada Malaysia sebab syarikat tu ada jual bermacam-macam produk dalam Lazada Malaysia punya website. 

Jadi senang lah bagi aku untuk menulis dan review sesuatu produk untuk dijadikan target supaya mereka membeli di Lazada Malaysia.

6% komisyen adalah nilai paling sedikit. Tapi ikutkan cara yang betul korang boleh jana pendapatan lebih daripada itu. Hasil 6% komisyen itu boleh di kumpul dalam sebulan.

Mungkin korang boleh buat duit dengan Affiliate Involve Asia dengan pendapatan tetap sebanyak RM500 sebulan? Itu kalau rajin buat content. 

Dan content korang ada di FIRST PAGE google.

Maka untung korang berkali kali !


Untuk makluman, ini adalah duit pertama terhasil oleh aku. 

Dalam rekod semasa, aku mahu target jana pendapatan lebih dari RM30 sehari dengan hasil tulis content bersama keyword terpilih.

Sekarang aku cuma focus tulis dan tulis sahaja. Promote dan promote. :)



So, tak teringin ke nak join Involve Asia punya Affiliate? Sana ada bermacam-macam produk dan syarikat boleh kita promote untuk buat duit.

Tak salah kalau nak cuba.

Kalau berminat boleh Daftar Involve Asia Sekarang!




3 comments.. read them below or add one

Najah Fariha Najah Fariha Ogos 22, 2016
Assalamualaikum nk buat affiliate ni kena ad blog dl ke?
Najah Fariha Najah Fariha Ogos 22, 2016
Assalamualaikum nk buat affiliate ni kena ad blog dl ke?
Wanz Mejuez Wanz Mejuez Ogos 22, 2016
Nak buat affiliate ni takde blog pun boleh buat :) Kita cuma promote affiliate linj saja, dalam masa yang sama kita akan dapat komisen sekiranya ada yang membeli barang tersebut.

Affiliate Involve Asia ni ada pelbagai jenama dan produk untuk dipromosi, jadi komisen dia bergantung kepada percent yang ditetapkan.