Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Cara Buat Air Detox Untuk Kurus Dan Sihat

Cara Buat Air Detox Untuk Kurus Dan Sihat

Cara Buat Air Detox Untuk Kurus Dan Sihat Bagaimana?


Cara mudah nak kurus adalah buat air detox. Aku tahu ramai diantara kita semua menghadapi masalah dengan berat badan. Ramai diantara kita tidak tahu bagaimana cara terbaik untuk kurus dengan mengurangkan berat badan tanpa menggunakan bahan sampingan yakni seperti menelan ubat alternetif kurus.

Dekat luar sana, di dalam Internet mahupun di media sosial ada banyak maklumat dan tips boleh kita praktikkan sepertimana soalan yang kita selalu dengar adalah, "Bagaimana nak kurus?", "Macam mana cara cepat nak kurus?", "Apa teknik cepat supaya berat badan berkurangan?", "Selalu kena ambil makanan apa supaya badan sihat nampak cantik dan ideal?"

Tapi Bagaimana Nak Kurus Kalau Tak Tahu Caranya?

Ramai dikalangan kita rasa kecewa bila nak kurus tapi ada banyak penghalang. Terutamanya adalah dari segi NAFSU MAKAN. Kita tidak boleh lari dengan benda sebegini. Walaupun ia nampak sedap untuk makan, ia juga membuatkan korang menjadi lupa tentang niat untuk kurus. Langkah terbaik adalah dengan mendisplinkan diri korang sendiri. jadi ikut langkah di bawah ini.

Tips Untuk Kurus Dengan Cara Buang Toksin Dengan Air Kosong

Untuk kurangkan berat badan, yang pertama sekali korang kena buang toksin yang terkumpul dalam tubuh. Tahu bagaimana nak buang toksin dalam badan?

  • Caranya, minum air kosong sebanyak 6 hingga 8 gelas sehari ertikata lain minum lebih daripada 2.5 liter air kosong sehari.
  • Cara ini dapat mempercepatkan lagi perkumuhan dalam perut.
  • Bila minum air kosong banyak, toksin dalam badan akan keluar bersama lemak semasa dalam perkumuhan tadi.
  • Jadi bila toksin dalam badan serta lemak sudah berkurangan, badan kita akan kelihatan lebih sihat dan bertenaga.
  • Cara mudah ini kita dapat merasai perubahan yang ketara pada berat badan korang.
  • Minum air detox juga dapat memulihkan kulit dan juga dapat merawat masalah jerawat pada kulit muka.


Untuk sesetengah orang tak suka minum air kosong setiap hari, selalu sangat mencari air yang manis-manis untuk diminum. Ingat ok, air manis adalah salah satu penyakit yang boleh mendatangkan pelbagai penyakit.

Air Kosong Tak Manis Tapi Ada Cara Bagaimana Nak Bagi Ada Perisa

Caranya adalah mempelbagaikan lagi variasi rasa dan perasa. Air Kosong ini lebih berkhasiat kerana dicampurkan dengan pelbagai bahan semulajadi yang baik untuk tubuh badan kita. Air kosong yang berperisa ini juga dapat membantu mempercepatkan lagi proses untuk kurus sambil membantu membuang toksin dalam tubuh badan kita dengan cara selamat.

Air kosong berperisa ini dipanggil Air Detox.

Cara Buat Air Detox Untuk Kurus Dan Sihat

Air Detox merupakan nama kepada Infused Water dan ia juga adalah merupakan hasil campuran dengan air kosong bersama buah-buahan. Air kosong berperisa dengan buah-buahan ini juga boleh dicampurkan dengan pelbagai daun herba serta madu dan akan dibiarkan selama beberapa jam sebelum di minum.

Resepi cara untuk buat Air Detox ini adalah menggunakan bahan semulajadi seperti buah manga, buah strawberi, buah anggur, buah barries dan buah epal. Air kosong campuran buah ini kemudiannya akan di rendam bersama daun herba seperti daun peppermint, basil, pudina, saderi atau campur saja bersama madu sebagai perasa kemanisan dengan bahan semulajadi.

Air kosong berperisa untuk buang toksin dalam badan ini juga boleh menggunakan buah-buahan tempatan seperti tembikai cina (watermelon), buah naga, nenas, betik, laici, jambu batu. Nak tambah cinnamon (kulit kayu manis), serai, halia atau timun pun boleh sebagai salah satu khasiat daripada herba.

Cara Buat Air Detox Untuk Kurus Dan Sihat


Apakah Kesan Kebaikan Bila Buat Resepi Sendiri Untuk Minum Air Detox?


  • Kesan kebaikan adalah dapat meningkatkan tahap metabolisma
  • Ia juga dapat membantu menjadikan rasa tekak dan perut cepat kenyang.
  • Ia juga dapat membantu untuk mengelakkan diri korang untuk makan makanan junk food.
  • Air detox juga dapat membantu tubuh badan memgurangkan sel-sel lemak degil secara semulajadi.
  • Ia juga dapat meningkatkan mood dan emosi positif.
  • Minum air detox juga dapat mengurangkan keletihan semasa bersenam.


Cara Penyimpanan Air Detox Untuk Kurus Dan Sihat


Setelah selesai buat air detox dengan menggunakan resepi air detox untuk kurus, korang haruslah menyimpannya di dalam bekas yang bertutup penuh. Simpankan ia ke dalam peti sejuk selama 2 ke 3 hari atau seminggu bergantung kepada kesegaran buah-buahan. Tapi lebih elok simpan di antara 2 ke 3 hari sahaja.

Jika buah menjadi lembik, kusam dan tidak bernyawa atau layu, bukan saja ia tidak berkhasiat malah kualiti vitamin pada air detox itu mungkin berkurangan. Seeloknya, buat air detox simpan ikut masa ditetapkan dan terus minum sampai habis.

Senarai Resepi Air Detox Untuk Kurus Dan Sihat


1. Resepi Air Detox Timun Dengan Grapefruit Bersama Lemon Dan Daun Pudina


Resepi Air Detox Timun Dengan Grapefruit Bersama Lemon Dan Daun Pudina

Dapatkan bahan di atas seperti timun, grapefruit, lemon dan juga daun pudina. Lepas itu hiriskan ½ biji grapefruit, timun, dan lemon tadi bersama beberapa helai daun pudina. Setelah selesai, masukan kesemua bahan tadi ke dalam 1 jag berisi air kosong. Lepas itu simpan ke dalam peti sejuk untuk sejukkan selama 5 jam atau lebih dan tidak melebihi 3 hari. Pastikan minum dengan kerap.

Tahukan anda? Buah lemon ataupun buah limau nipis dapat membantu tubuh badan anda untuk mengeluarkan toksin yang terkandung dalam tubuh. Untuk buah grapefruit pula ia dapat membakar sel-sel lemak dalam tubuh. Bagi buah timun pula bersifat diuretik dan ia juga dapat membantu menggalakkan pengeluaran air berlebihan dalam badan kita. Manakala untuk daun pudina pula memudahkan perkumuhan


2. Resepi Air Detox Timun Bersama Buah Lemon


Resepi Air Detox Timun Bersama Buah Lemon

Dapatkan bahan di atas seperti sayur timun dan buah lemon. Lepas itu seperti biasa, hiriskan kepada ½ biji timun dan lemon. Setelah selesai, masukan kesemua bahan tadi ke dalam 1 jag berisi air kosong. 

Lepas itu simpan ke dalam peti sejuk untuk sejukkan selama 5 jam atau lebih dan tidak melebihi 3 hari. Pastikan minum dengan kerap.


3. Resepi Air Detox Halia Bersama Buah Lemon


Resepi Air Detox Halia Bersama Buah Lemon

Bahan untuk buat air detox ini menggunakan bahan resepi seperti halia dan juga buah lemon. Halia merupakan penawar bagi semua penyakit. Apabila kita mencampurkan halia bersama buah lemon ke dalam air kosong, ia juga menjadi penyahtoksikan dalam tubuh dengan cara yang terbaik. 

Masukkan jus buah lemon bersama hirisan ½ inci halia ke dalam air kosong.

Simpan seperti biasa ke dalam peti sejuk dan amalkan minum air detox ini setiap pagi. Ia dapat membantu dan dapat merawat pelbagai penyakit di tubuh badan dan juga di dalam badan kita.

Dalam masa yang sama, ia juga dapat mengeluarkan toksin yang berkumpul.


4. Resepi Air Detox Dengan Buah Tembikai


Resepi Air Detox Dengan Buah Tembikai

Bahan untuk buat air detox menggunakan buah tembikai sememangnya sedap dimimun bila keadaan dalam cuaca panas. Potong kecil-kecil buah tembikai lepas itu masukkan kedalam air yang berisi air kosong di dalam jug. Setelah selesai, simpan air tembikai detox tadi ke dalam petu sejuk selama beberapa jam. Lepas itu boleh di minum seperti biasa. Buah tembikai juga mempunyai vitamin dan mineral yang boleh membuang toksin dalam badan.


5. Resepi Air Detox Buah Kiwi Bersama Strawberi


Resepi Air Detox Buah Kiwi Bersama Strawberi

Bahan perisa manisan semulajadi yang terbaik untuk air detox adalah menggunakan buah kiwi dan juga buah strawberi. Buat hirisan untuk 2 buah kiwi bersama strawberi. Setelah selesai memohon hirisan cantik, masukan terus ke ke dalam jag minuman yang berisikan air kosong. 

Simpan dan sejukkan di dalam peti sejuk selama beberapa jam untuk meningkatkan lagi rasa yang lebih sedap.  

Buah Kiwi kaya dengan vitamin A dan E dan ia juga dapat membantu melawan beberapa penyakit radikal bebas. Buah kiwi bersama strawberi dapat mengeluarkan toksin dan ia juga dapat memulihkan kecerahan kulit.


Ok selesai sudah 5 Senarai Resepi Cara Buat Air Detox Untuk Kurus supaya korang praktikan untuk mendapatkan susuk badan yang kurus dengan badan yang cantik lagi ideal. Apa yang penting adalah buang toksin dalam badan, dan jangan makan makanan yang mengandungi bahan yang boleh mendatangkan banyak lemak.

Jangan terlalu suka makan makanan segera. Tolong jaga perut supaya perut korang sentiasa hensem cantik lagi bergaya.



1 comment... add one now

Mek Ila JV Mek Ila JV Mac 30, 2016
Bagusnya respi detoks ni. InsyaAllah nak buat juga dan kongsikan di blog Mek ila nanti.