Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Clever Girl Malaysia Kena Kecam


Rancang Clever Girl Malaysia Adalah Rancang Paling GAGAL!


Aku tahu rancangan terbaru TV3 ni timbul kontroversi gara-gara soalan dan jawapan buatkan ramai mengutuk habis tentang program tu. Bagi penerbit Clever Girl Malaysia dengan rasa rendah diri meminta orang ramai berhenti mengutuk peserta rancangan Clever Girl Malaysia kerana tindakkan itu adalah kurang bijak .
“Peserta Clever Girl yang dipilih mempunyai tahap IQ sangat tinggi, namun disebabkan rasa gemuruh untuk menjawab ujian yang diberi, ia membuatkan sesetengahnya peserta menjadi gugup”
“Bagi penerbit program baru ini mereka menerima segala kritikan dengan hati yang terbuka. Tapi janganlah mengutuk peserta secara berlebih-lebihan. Mereka sebenarnya bijak, cuma kerana rasa gugup buatkan jawapan betul yang patut diberikan menjadi salah pula”
“Mengatasi sifat gemuruh juga antara ujian buat mereka kerana ia mampu memberikan fokus yang penuh dalam melunaskan tugasan diberi,” jelasnya kepada BH Online.
Clever Girl Malaysia adalah program gameshow baru TV3 yang menampilkan 14 gadis terpintar dari setiap negeri yang ada di Malaysia untuk bertanding bagi mendapatkan hadiah wang tunai sebanyak RM100,000.

Bermula sejak awal Mac lalu, peserta mula dapat kritikan pedas dari media sosial apabila salah seorang dari peserta Wan Zarith Sofia wakil Johor gagal membezakan siapa Mother Teresa dan Mahatma Gandhi untuk minggu pertama.

Di ikuti dari Selangor, Arina Mohd Fairin juga tidak dapat menjawab soalan paling mudah tentang soalan berapa bilangan warna bendera Malaysia pada minggu pertama.

Paling terbaru pihak produksi pula dapat kritikan hebat tentang soalan; “Berapa banyakkah filem P Ramlee yang ada perkataan Bujang Lapok?” 

Dengan jayanya peserta menjawab jawapan tiga! 

Seterusnya disahkan betul oleh pengacaranya, Alif Satar walaupun jawapan sebenar adalah empat iaitu, Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan Ali Baba Bujang Lapok.






0 comment... add one now