Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Datuk Adnan Abu Hassan Meninggal Dunia


Datuk Adnan Abu Hassan Meninggal Dunia


Adnan bin Abu Hassan (dilahirkan pada 6 Januari 1959) beliau merupakan seorang penerbit rakaman, penggubah lagu dan penulis lirik serta penyanyi dan juga pemuzik yang sangat berpengaruh di Malaysia. 

Datuk Adnan Abu Hassan mempunyai dua orang adik iaitu Azlan Abu Hassan dan Azman Abu Hassan. 

Sebagai penerbit rakaman, Datuk Adnan Abu Hassan telah banyak menerbitkan lagu-lagu hit seperti "Sinaran" nyanyian Sheila Majid, dan "Janji Manismu" nyanyian Aishah . Lagu ciptaan Datuk Adnan Abu Hassan yang cukup popular antaranya "Bunga-bunga Cinta", "Camar Yang Pulang" dan "Di Persimpangan Dilema"

Beliau telah memenangi Anugerah Wirama pada tahun 2010 pada Anugerah Industri Muzik ke-17 atas kejayaannya dalam bidang rakaman.

Datuk Adnan Abu Hassan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital Selayang tengah malam semalam kerana sakit dengan serangan angin ahmar serta diabetes dan kegagalan buah pinggang dan hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Antara penyanyi yang pernah menyanyikan lagu Datuk Adnan Abu Hassan ialah Datuk Siti Nurhaliza, Nora Ariffin, Fauziah Latif dan Misha Omar.

Datuk Adnan Abu Hassan telah menghembuskan nafas yg terakhir pada pagi 18 mac 2016. Komposer terkenal ini yang pernah mencipta banyak lagu untuk ramai artis popular Malaysia, Datuk Adnan Abu Hassan, 57, telah meninggal dunia pukul 2.17 pagi tadi.

Jenazah Adnan akan disembayangkan di Masjid Al-Falah dan dikebumikan di Sungai Ramal, Kajang. Bersama-samalah kita mendoakan semoga allah mencuci rahmat mu dan rohmu sedekahkan Al-fatihah buat roh beliau.



0 comment... add one now