Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

DFKL 2016 Anugerah Drama Festival KL 2016 Live Streaming


DFKL 2016 Anugerah Drama Festival KL 2016 Live Streaming


Anugerah DFKL tahun 2016 bakal berlangsung di Putra World Trade Centre (PWTC). Anugerah gilang gemilang ini akan menemui penonton pada 19 Mac 2016, Sabtu jam 9 malam di TV3.

Pada tahun ini anugerah DFKL 2016 (Drama Festival Kuala Lumpur 2016) anjuran TV3 & TV9 untuk tahun yang ketiga dengan mengetengahkan tema “Dunia Drama Sebenar”. Ia juga masih mengekalkan kepada empat komponen utama, DFKL dalam penyertaan pertandingan untuk drama pendek, pitching, ujibakat lakonan dan juga bengkel.
Objektif terbesar untuk anugerah DFKL 2016 ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai mengasah bakat mereka yang terpendam dan sekaligus berpeluang menimba ilmu bersama para panel berpengalaman dalam industri tanah air.

Bagi peserta yang mengikuti acara program bengkel juga dapat berpeluang untuk mengetahui sendiri perjalanan karyawan yang akan berkongsi pengalaman dan juga tips yang berguna tentang selok belok lakonan didalam bengkel lakonan, asas dalam penerbitan drama juga melalui bengkel pengarahan, kelainan teknologi dan impak dunia animasi serta ketrampilan diri yang perlu dititik beratkan untuk menjadi seorang anak seni. 

Antara nama-nama besar yang bakal terlibat dalam anugerah DFKL 2016 adalah Datuk Rosyam Nor, Datin Seri Umie Aida, Ellie Suriaty, Ahmad Idham, Jinggo, Awal Ashari, Datin Sharifah Shawati dan ramai lagi.

Nantikan gandingan Fattah Amin & Amyra Rosli sebagai hos di malam Anugerah DFKL 2016.

LIVE STREAMING DFKL 2016 TV3 ANUGERAH DRAMA FESTIVAL 

Tonton Live Anugerah Drama Festivel KL 2016 - DFKL 2016 


Selain itu, penonton setia drama-drama Melayu di TV3 dan TV9 boleh menyaksikan Anugerah DFKL 2016 secara online live streaming di internet menerusi paparan video yang disertakan seperti berikut atau melayari http://www.dfkl.com.my atau pun di www.tonton.com.my


Live Streaming Drama Festival Kuala Lumpur DFKL 2016 Online
  • Server 1: TV3



0 comment... add one now