Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Drama Ahli Mesyuarat Tingkap TV3

Ahli Mesyuarat Tingkap TV3


Ahli Mesyuarat Tingkap


Drama komedi slot Iris TV3 terbaru Ahli Mesyuarat Tingkap dari produksi syarikat JS Pictures Sdn Bhd menampilkan pelakon terkenal iaitu Izreen Azminda, Sherry Al Hadad dan juga Rita Rudaini sebagai watak utama dalam drama tersebut. Pelakon tambahan dalam drama ini juga dibintangi oleh Azrel Ismail, Lufya Omar, Idris Khan, Mia Ahmad dan ramai lagi.

Drama bersiri komedi dari arahan Azman Yahya ini bakal memaparkan jalan cerita yang berbeza untuk setiap episod.

Jom tonton drama setiap babak yang mencuit hati dari tiga sahabat dalam drama Ahli Mesyuarat Tingkap yang akan ditayangkan pada 23 MAC 2016. Setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang di saluran TV3.

  • Tajuk Drama : AHLI MESYUARAT TINGKAP
  • Jumlah Episode : 13 
  • Tarikh Ditayangkan : 23 March 2016
  • Setiap Hari : Isnin - Khamis
  • Jam : 6.30 petang
  • Dalam Slot : Iris TV3
  • Penulis Skrip : Sofia J.Rhyland
  • Pengarah Drama : Azman Yahya atau Jinggo
  • Terbitan : JS Pictures Sdn Bhd


Pelakon Drama Ahli Mesyuarat Tingkap TV3


  • Rita Rudaini sebagai Zai
  • Izreen Azminda sebagai Ju
  • Sherry Alhadad sebagai Ira
  • Azrel Ismail sebagai Azmel
  • Kuna Muzani sebagai Datin Bobo
  • Nizam Rahman Dubmash sebagai
  • Lia Natalia sebagai
  • Fizz Fairuz sebagai
  • Idris Khan sebagai 
  • Mia Ahmad sebagai
  • Lufya Omar sebagai


Sinopsis Drama Ahli Mesyuarat Tingkap


Menceritakan tentang tiga orang rakan baik iaitu Zai (Rita Rudaini), Ju (Izreen Azminda) dan Ira (Sherry Alhadad) yang saling mengenali sejak di bangku sekolah menengah lagi.

Setelah dewasa serta berkerjaya mereka cuba membuat majlis pertemuan semula yang digelar ‘Reunion of The Year’ untuk rakan-rakan sekolah lama mereka. Mereka menggelarkan kumpulan mereka sebagai Ahli Mesyuarat Tingkap.

Mereka juga sukakan bahan gosip menjadi perhatian tiga sahabat wanita ini. Apa sahaja yang terlintas di hati mereka ada sahaja yang mahu dibualkan.

Pertemuan mereka itu sering menarik perhatian orang sekeliling ekoran aksi mereka yang dianggap keterlaluan walaupun membabitkan masalah kecil. Sesuai dengan tagline mereka iaitu ‘Tak Over, Tak Sah’.

Setiap di antara mereka mempunyai perangai masing-masing. Zaiti atau dipanggil Zai (Rita Rudaini) oleh rakan-rakannya merupakan peminat no.1 drama Melayu. Paling diminati Zai ialah hero slot Akasia, Saharul Ridzwan. Dia bercita-cita untuk berkahwin dengan hero kesayangannya itu.

Dalam setiap majalah, poster atau surat khabar dia suka meletakkan gambar aktor tersebut, pasti Zai akan mendapatkannya. Buatkan sifat fanatiknya itu merisaukan rakan-rakannya yang lain.

Watak drama untuk Ju (Izreen Azminda) pula, dia seorang yang suka berterus terang. Ju juga ada memiliki perniagaan sendiri iaitu kedai butiknya yang tersendiri dan Ju seorang yang tidak suka dengan ‘trend’ selebriti Malaysia yang asyik menjual tudung. Baginya mereka tidak kreatif dan memberi persaingan kepada perniagaannya.

Manakala pelakon watak Ira (Sherry Al-Hadad) adalah merupakan seorang pakar dalam bidang pastri dan manisan. Dia juga adalah pembekal kek di kedai Datin Bobo (Kuna) di mana mereka sering menghabiskan masa bersama untuk bergosip. Namun itu bukan satu sahaja sebab mereka ke sana. Sebab lain ialah Ju dan Ira telah jatuh hati dengan anak Datin Bobo, Azmel (Azrel Ismail).

Di dalam setiap episod, ada sahaja misi Zai, Ju dan Ira selain cuba mengumpulkan teman-teman mereka yang lain untuk majlis pertemuan semula mereka.

Gambar Pelakon 


Ahli Mesyuarat Tingkap
Ahli Mesyuarat Tingkap Drama
Pelakon Ahli Mesyuarat Tingkap

1 comment... add one now

mrhanafi mrhanafi Mac 24, 2016
cerita lawak begini bagus ditonton petang-petang