Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Drama Jasmine Slot Zehra TV3

Drama Jasmine TV3

Drama Jasmine TV3 Slot Zehra TV3


Drama Jasmine TV3 di Slot Zehra merupakan arahan daripada pengarah Feroz Kadir dan membawa pelakon terkenal Nelydia Senrose untuk memegang watak utama sebagai Jasmine. Drama terbaru slot Zehra ini juga dibintangi oleh pelakon hebat seperti Aqasha, Gambit Saifullah, Afifah Nasir, Puteri Aisyah dan ramai lagi. Drama baru ini didatangi sebanyak 13 episod setiap hari Rabu hingga Jumaat pada jam 9.00 malam di TV3.

  • Tajuk Drama  : Jasmine
  • Jumlah Episode : 13
  • Tarikh Ditayangkan : 30 Mac 2016
  • Hari : Rabu hingga Jumaat
  • Masa : 9.00 Malam
  • Saluran : Slot Zehra TV3
  • Pengarah Drama : Feroz Kadir
  • Dari Terbitan : Global Station Sdn Bhd


Senarai Watak Dan Pelakon

Antara watak dan pelakon dalam drama ini dibintangi oleh : 
  • Nelydia Senrose watak sebagai Jasmine
  • Aqasha watak sebagai Khalif
  • Gambit Saifullah watak sebagai Ryan
  • Afifah Nasir watak sebagai Tina
  • Puteri Aisyah watak sebagai Irish
  • Aedy Ashraf watak sebagai Kpeng
  • Shakilla Khoriri watak sebagai Opie
  • Aleza Shadan watak sebagai Datin Mastura
  • Adam Mika watak sebagai Adam
  • Khaty Azian watak sebagai Hajah Kalsom
  • Zalfa Zin watak sebagai Habibah


Sinopsis Drama Jasmin TV3


Kisah diantara Jasmine dan Ryan adalah merupakan pasangan kekasih yang sangat sukar untuk dipisahkan. Tina juga mempunyai perasaan yang cemburu setiap kali melihat kemesraan diantara Ryan dan Jasmine semasa berada di kolej dan dia cuba untuk memisahkan mereka berdua. Tapi kisah cinta mereka berdua semuanya berubah apabila Jasmine mendapati dia hamil kan anak Ryan, dan dia pula enggan bertanggungjawab atas kehamilan Jasmine. Situasi ini terus memburukkan lagi keadaan Jasmine dan keluarga Jasmine mahu dia menggugurkan kandungan bayi itu. Jasmine kemudiannya memutuskan untuk pergi ke Australia dan membesarkan anaknya secara bersendirian. Tina pula mengambil peluang tersebut untuk mendekati Ryan. Walau bagaimanapun, Ryan mula rasa insaf, serba salah dan rindu pada Jasmine. Dia juga berjanji untuk berubah menjadi seorang yang lebih baik. Pada masa yang sama di Australia, Jasmine bertemu dengan Khalif dan jatuh cinta padanya. Siapakah pilihan Jasmine?


Gambar Pelakon 

Pelakon Drama Jasmine TV3
Nelydia Senrose watak sebagai Jasmine Dan Aqasha watak sebagai Khalif

Pelakon Jasmine Drama TV3
Kpeng dan Opie Dalam Jasmine Drama TV3
Pelakon Jasmine Drama TV3
Jasmine Dan Khalif
Kisah Jasmine Drama TV3 Penuh Emosi
Jasmine Dan Adam Drama Jasmine TV3
Adam Mika Watak Sebagai Adam Dalam Drama Jasmine Tv3
Drama Jasmine TV3

0 comment... add one now