Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Duit Pertama Involve Asia Bersama Bus Online Ticket

Buat Duit Dengan Involve Asia


Duit Pertama Involve Asia Bersama Bus Online Ticket


Alhamdulillah, kali ini terselit lagi duit masuk dari Affilate Involve Asia. Kali ini duit dari Bus Online Ticket dimana ada salah seorang hamba Allah telah membeli tiket bas secara online. 

Dapat la aku duit komisyen sebanyak RM2.15 dengan hasil bayaran 5% komisyen dari  SALES terjual. Harga jualan terjual adalah sebanyak RM43.00 dan aku dapat komisyen 5% bersamaan RM.2.15 sahaja.

Cukuplah kan? Buat apa banyak-banyak. Lagi pun buat blog sambil tulis biarkan artikel masuk ke google search. Tunggu lama mana pun, insya Allah ada lah pembeli masuk ke blog kita.

Duit pertama dari Involve Asia ni bukan kali pertama aku penah dapat, cuma untuk artikel ini aku tulis untuk kali pertama aku dapat duit dari Bus Online Ticket. 

Buat Duit Dengan Involve Asia Bersama Bus Online Ticket Komisyen 5% Dengan Hasil Jualan Terjual



Buat Duit Dengan Involve Asia Bersama Bus Online Ticket

Apa yang best tentang Involve Asia bila join program mereka korang akan dapat banyak pilihan untuk buat Affiliate di dalam sana. Ada bermacam-macam jenis syarikat yang boleh korang promote untuk jana pendapatan hasil Affiliate Involve Asia.

Ok ya, lupa pula komisyen kali ini mungkin daripada artikel aku yang dulu, yang mana aku pernah publish kan tentang tajuk " Jom Beli Tiket Online Sebelum Hari Raya 2016

Korang boleh lah review posting tu ye, macam mana aku buat duit dengan Involve Asia ni.

Senang je kalau nak buat duit, korang kena rangka satu cerita lepas tu tulis la apa kebaikan dan cara bagaimana nak beli atau sebagainya.

Insya Allah, korang dah boleh buat duit dengan Involve Asia dengan mudah sekali.

Berminat nak join Involve Asia untuk jana pendapatan sampingan bersama Blog? Korang boleh daftar di sini.





3 comments.. read them below or add one

Cik Ash Cik Ash Mac 17, 2016
wah tahniah macam ner awak leh dapat ya saya masih kosong lagi la...
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz Mac 17, 2016
Tahniah..semoga terus berkembang lagi dan lagi..
musadun musadun Mac 18, 2016
tahniah bro..nanti musim perayaan, lagi masyuk tu, sebab lagi ramai yg beli kan..