Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Filem Redha 2016

Filem Redha terbitan Current Pictures Sdn Bhd yang akan buat penonton rasa sebak, mahu menangis dan rasa sedih tentang filem anak anak Autisme yang kurang upaya dari segi masalah gangguan mental dan kurang komunikasi.

Filem Redha arahan dari Tunku Mona Riza ini bakal ditayangkan di pawagan berhampiran bermula pada 14 April 2016 ini. Filem ini di inpirasikan dari kisah benar tentang kehidupan keluarga untuk membesarkan anak istimewa penghidap penyakit Autisme yang memberi seribu satu makna kehidupan dan cabaran untuk mereka sekeluarga.

Penyakit Autisme merupakan gangguan mental yang susah untuk mereka berkomunikasi dan memahami orang lain. Tanda-tanda awal anak Autisme akan di lihat semasa mereka kanak-kanak, namun tanda-tandanya juga berbeza untuk anak. 
Ciri-ciri anak autisme sukar untuk di lihat pada awal kelahiranya, ia akan kelihatan jelas setelah umur 3 tahun.
Filem ini turut menampilkan lakonan pasangan suami isteri dari saudara Namron dan June Lojong dan  Harith Haziq serta Izzy Reef sebagai kanak autisme. Filem ini juga dibintangi oleh Nadiya Nisaa, Remy Ishak, Ruminah Sidek, dan Susan Lancester.

Redha 2016

Sinopsis Filem Redha

Mengisahkan tentang pasangan suami isteri iaitu Razlan (Namron) dan Alina (June Lojong) memiliki seorang anak autistik yang bernama Danial. Perasaan sayang Razlan terhadap anaknya itu semakin lama bertukar benci apabila mendapat tahu anaknya itu menghidap penyakit autisme.

Video Trailer Filem Redha

Review Trailer Filem Redha 

Dah lama aku nak tengok filem macam ni di pawagam. Dari segi trailer nampak sungguh menyedihkan, terasa sebak sangat tengok lakonan budak Autisme ni.
Aku faham perasan keluarga yang ada anak penyakit Autisme ni sebab sedara aku juga ada anak seperti ini. Kecekalan untuk teruskan kehidupan untuk menjaga anak anak seperti ini memerlukan hati yang tabah dan sabar yang tinggi. 
Banyak dugaan dan ujian dari Allah untuk anak istimewa ini. Berkat menjaga anak ini adalah tanggungjawab paling besar dan paling beruntung. 
Bukan apa, setiap anak ada keistimewaannya. 

1 comment... add one now

seri nian seri nian Mac 07, 2016
x sampai hati nak tgk cite macam ni...Anak syurga ini memang wajar difahami oleh segenap masyarakat....bukan dipandang hina