Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Harga Rasmi Jualan Xiaomi Redmi Note 3 Di Malaysia


Harga Rasmi Jualan Xiaomi Redmi Note 3 Di Malaysia


Yay! Hari ini 29.3.2016 secara rasminya pihak Xiaomi Malaysia hari ini telah mengumumkan harga jualan untuk Xiaomi Redmi Note 3 untuk pasaran Malaysia. Apa yang menarik, pihak Xiaomi Malaysia membawa dua variasi, iaitu versi 2GB RAM dengan 16GB storan, dan juga 3GB RAM dengan 32GB storan.

Tak sabar aku nak dapatkan Xiaomi Redmi Note 3 terbaru ini. Dengan spesifikasi yang terbaik dengan rekaan berasaskan logam buatkan korang rasa smartphone ini terasa lebih PREMIUM!

HARGA? Jauh lebih murah dan lagi berpatutan!

Smartphone terbaru Redmi Note 3 ini didatangi dengan versi yang dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 650.

Apa yang menarik, ia juga dilengkapi dengan sokongan pengimbas cap jari dibahagian belakang.


Smartphone ini didatangi dengan saiz skrin sebesar 5.5-inci dan ia juga dilengkapi dengan sokongan dwi-SIM bersama slot tambahan mikro-SD.

Paling best adalah kapasiti baterinya sebesar 4050mAh! Cukup untuk bertahan selama satu hari penggunaan tanpa cas.

Tapi bateri ini tidak boleh ditanggalkan.

Untuk kamera pula ia didatangi dengan saiz sebesar 16 Mega Pixel kamera belakang dan 5 Mega Pixel kamera hadapan.

Baca : Review Penuh Tentang Xiaomi Redmi Note 3

Berapa Harga Xiaomi Redmi Note 3 Di Malaysia


Di Malaysia, pihak Rasmi Xiaomi Malaysia menawarkan versi 2GB RAM dengan 16GB storan akan dijual pada harga RM749

Untuk versi 3GB RAM dengan kapasiti 32GB storan adalah pada harga RM849.

Xiaomi Malaysia akan mula buka tawaran penjualannya melalui laman jualan rasmi mereka bermula pada 6 April 2016 ini.

Laman web rasmi : www.mi.com/my



0 comment... add one now