Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Jualan Suhu Panas Buku Bookcafe 22-27 MAC 2016


Jualan Murah Buku Online Bookcafe 22-27 MAC 2016


Bagi mereka dahagakan ilmu dan sumber rujukan, inlah masanya untuk rebut pelung untuk membeli buku online dengan harga DISKAUN 40% MURAH hanya di Bookcafe.com.my sahaja.

Ramai juga pelajar diluar sana sudah dapat BB1M tapi tak tahu nak buat apa. Ada juga orang niat jahat nak jual baucer BB1M tu dengan harga murah. Selalu juga la terjadi, dekat universiti atau politeknik diluar sana ada orang beli Baucer BB1M dengan harga setengah harga tampa beli apa-apa buku! 

Alah senang cita, "pelajar jual Baucer BB1M untuk dapatkan DUIT lah".

Itu pun dekat orang-orang tertentu. Macam aku dulu, penah juga sekali jual atas sebab tak tahu nak beli apa pakai BB1M. Last-last aku jual dekat tokey cina kedai buku. Dia siap tanya lagi, ada ke kawan-kawan mau jual BB1M?

Ini kes aku dulu, time aku belajar dulu la. Sekarang ni kalau ada orang cuba beli Baucer BB1M dengan harga tertentu, jangan sesekali JUAL. Sebab korang boleh disabitkan kesalahan besar! Naya je nanti kena tangkap.

Buku Terbaik Dengan Harga Jualan Murah Bookcafe 22-27 MAC 2016


1. Buku Travelog Haji Muslimah: Rindu Menggamit ke Pintu Syurga

Harga Asal : RM 25
Harga Diskaun 40% :  RM 15

 
2. Buku Riyadus Solihin

Harga Asal : RM 120
Harga Diskaun 40% : RM72


3. Buku Panduan Kehamilan Dari Prakonsepsi Sehingga Kelahiran

Buku ini merupakan buku panduan untuk ibu belajar mengetahui tentang fasa awal kehamilan, kelahiran, sehingga minggu-minggu terawal bersama bayi baru lahir. 

Buku panduan kehamilan adalah paduan nasihat dari sahabat, ibu, doktor, bidan, dan doktor obstetrik, yang memaparkan gabungan kepakaran profesional antenatal dan tips praktikal daripada para ibu bapa yang pernah mengalami situasi sama.

Buku panduan sebagai rujukan untuk Ibu Hamil ini juga dapat membantu para ibu bapa membuat pilihan terbaik untuk mereka dan bayi. Apa yang selamat? Apa yang boleh saya makan? Mengapa saya begitu penat dan beremosi? 

Bagaimana saya akan tahu yang masa bagi melahirkan sudah tiba? Buku panduan kehamilan oleh BabyCenter ini ada jawapan bagi semua pertanyaan ini.

Buku Kehamilan dari Prakonsepsi sehingga Kelahiran ini mengandungi maklumat tambahan daripada BabyCenter Malaysia.

Harga Asal : RM60
Harga Diskaun 40% : RM36



4. Buku Fiqh Kewangan Islam: Halal Dan Haram Dalam Sistem Jual Beli Islam

SINOPSIS

Akad jual beli adalah akad yang penting dan sering digunakan oleh setiap lapisan masyarakat. Maka, usaha mengupas hikmah-hikmah di sebalik akad jual beli adalah satu usaha yang penting dan perlu diberi perhatian. Kajian ini tidak hanya terbatas kepada maqasid atau tujuan-tujuan pensyariatan sahaja. Ia turut mencakupi perbahasan mengenai beberapa permasalahan semasa mengenai hukum jual beli yang secara tidak langsung menambahkan lagi pengetahuan kita tentang muamalat semasa.
 
Buku ini mampu menghapuskan kekeliruan yang timbul dalam hukum jual beli secara khusus, dan yang berkaitan harta secara umumnya. Dikaji secara ‘fiqhiyyah’ berserta dengan maqasidnya yang jelas, dapat memberi gambaran yang lebih praktikal dan mudah difahami.
 
Buku ini terhasil bagi menerangkan prinsip-prinsip dan keindahan agama Islam dalam bidang muamalat supaya kita mampu memahami maqasid syariah di sebalik hukum-hakam, permasalahannya, prinsip-prinsipnya, serta cara mengeluarkan hukum daripadanya.
 
Penulisnya, Dr. Zaharuddin Abdul Rahman telah menjalankan kajian berkenaan permasalahan hukum jual beli kerana beberapa jenis sistem jual beli masa kini menjadi topik yang hangat dibincangkan dan memerlukan jawapan yang meyakinkan, iaitu menerangkan hukumnya dan maqasid di sebaliknya.
 
Buku Fiqh Kewangan Islam terbahagi kepada tiga bahagian utama, iaitu:

a. Pengertian asas tentang maqasid dan jual beli

Pada bahagian ini, penulis memberikan penerangan ringkas tentang pengertian maqasid menurut bahasa dan istilah. Kemudian, beliau menjelaskan persamaan dan perbezaan antara istilah maqasid dan istilah-istilah lain yang hampir sama maksudnya.

Bab ini juga membahaskan secara ringkas pengertian jual beli, pembahagiannya, dan maqasid syariah di sebalik pensyariatannya. Ia adalah sebagai gambaran awal kepada isu-isu yang akan dibincangkan dalam bab-bab seterusnya.

b. Penetapan maqasid syariah dalam hukum syarak

Ia mengupas isu-isu yang berkaitan penetapan maqasid syariah dan dibahagikan kepada tiga fasal, iaitu tujuan syariat diturunkan, asal kepada kaedah asas urus niaga adalah melihat kepada makna serta cara- cara penetapan maqasid syariah.

c. Hukum jual beli dan objektif pensyariatannya

Fokus utama bab ini adalah bagi membincangkan hikmah dan objektif pensyariatan hukum-hukum jual beli semasa.

Pembaca akan dapat mengenal pasti beberapa permasalahan dalam jual beli seperti hukum dalam urusan hak cipta, serta menghapuskan keliruan yang timbul dalam hukum jual beli secara khusus, dan yang berkaitan harta secara umumnya.

Harga Asal : RM 98
Harga Diskaun 40% : RM58.80







0 comment... add one now