Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Kenapa Kucing Takut Dengan Timun?

Kenapa Kucing Takut Timun

Kenapa Kucing Takut Timun?


Agak kelakar juga bila tengok gelagat kucing terkejut tengok timun ni. Tak tahulah kenapa dan mengapa kucing terkejut bila tengok sayur hijau yang takda kena mengena dengan istilah "menyeramkan" padahal sayur je kot.

Sekarang ni ada banyak video kompilasi aksi lucu kucing dimuat naik masuk ke dalam youtube gara-gara gelagat kucing takut dengan timun.

Ada ramai tertanya-tanya kenapa hal sebegini terjadi? Bila letak timun di belakangnya, bila dia mula toleh ke belakang untuk melihat sampai terkejut melompat-lompat bila tengok dengan timun.

Sampai kucing pun takut. Agak kelakar bila tengok aksi comel kucing terkejut tengok timun sampai melompat-lompat ni. Apa salah timun? Kenapa timun ni seram? Seram sangat ke timun ni?

Video Kelakar Kenapa Kucing Takut Timun



Jawapan Kenapa Kucing Takut Timun


Sumber jawapan oleh Lara Chan dari Calgary Cat Clinic kepada CBC News berkata, sayur panjang berwarna hijau yang menakutkan bagi kucing ini karana secara instingnya kucing berfikir timun itu sebagai ular. 

Dr. Roger Mugford, seorang ahli perilaku haiwan kepada Telegraph berkata, "Saya fikir reaksi kucing yang terkejut seperti itu disebabkan oleh innocence kucing dan dia sama sekali tidak menyangka akan bertemu dengan benda aneh yang diletakkan di belakang mereka saat binatang ini sedang menikmati makan."

"Kucing juga selalu berwaspada terhadap sesuatu perkara yang tidak dikenalnya. Benda seperti itu boleh dianggap sebagai bahaya seperti ular atau pemangsa lainnya. " kata Mugford.

So jangan bagi kucing terkejut nanti lama-lama mereka stress takut nanti mood dia nak bermain manja-manja akan hilang. Walaupun benda ni kelakar, tapi kesian juga bila tengok kucing takut sampai terkejut melompat-lompat bila tengok benda aneh yang tak pernah mereka tengok.



0 comment... add one now