Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Filem Terbaik 2016 Munafik Capai RM17 Juta Atasi Filem Polis Evo


Filem Terbaik 2016 Munafik Capai RM17 Juta!


Tahniah kepada pengarah Syamsul Yusof dalam filem Munafik kerana berjaya buat filem terbaik 2016 dengan penuh jalan cerita yang ada "isi" untuk kepuasan kepada penonton untuk menonton dengan penuh emosi dan dramatik suspen.

Buat pertama kalinya aku katakan ini adalah filem paling best tahun 2016 kerana jalan ceritanya yang menjiwai seluruh tubuh aku, seolah-olah aku berada dalam filem tersebut.

Filem Munafik, tidak sampai tempoh sebulan filem Munafik ditayangkan di pawagam, kini filem ini sudah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM17 juta sehingga semalam!

Filem Munafik berjaya buat kutipan terbanyak dalam tempoh sebulan sahaja dan dapat mengatasi filem Polis Evo yang mengambil masa selama 60 hari untuk mencapai kutipan sebanyak RM17.54 juta.
“Kutipan dari Malaysia saja sudah cecah RM15.5 juta. Untuk di Singapura pula mendapat catatan kutipan sebanyak S$440,000. Manakala di Brunei pula mendapat RM300,000. Jumlah ini mengatasi kutipan filem Polis Evo yang mengambil masa 60 hari untuk mencapai kutipan RM17.45 juta,” katanya kepada portal Kafebuzz.
“Filem Munafik mengeluarkan kos sebanyak RM400,000 untuk promosi sahaja dan promosi ini juga buatkan penonton bercerita sambil promosi dari mulut ke mulut orang lain”
“Syamsul kata, dia rasa bersyukur dengan filemnya untuk kali ini,” katanya. Filem Munafik mencatat kutipan tertinggi dalam filem Melayu di Singapura.
Sebelum ini, menurut Syamsul, jumlah pawagam yang menayangkan filem tersebut turut ditambah oleh kerana sambutan hangat yang diberikan oleh penonton, iaitu sebanyak 120 pawagam





1 comment... add one now

Bisnes Online Bisnes Online Mac 23, 2016
Dulu aku tgk filem melayu memang payah nak dapat 10 juta. Pastu filem cina berjaya dapat 17 juta. Aku fikir, citer cina pun boleh dapat 17 juta xkan filem melayu x leh sebab melayu lagi ramai. pastu Polis Evo dapat 17 juta lebih, aku terus berpendapat, lepas ni mesti ada filem lain yang buat duit atas 10 juta. Last sekali betul iaitu filem melayu munafik plak dapat atas 10 juta. Apa yang kta faham dalam kes ni?

Kalau orang melayu buat filem berkualiti, jangan risau, akan ada melayu yang akan sokong punya. cayalah Syamsul