Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Lamzac Hangout Instant Sofa Terbaik

Lamzac Hangout Malaysia

Lamzac Hangout Instant Sofa Terbaik


Aku suka dengan idea inovasi simple macam ini, lebih-lebih lagi benda yang kita tak terfikir boleh jadi benda yang unik buatkan orang ramai kagum dengan produk tu. Ye la, benda simple unik dan agak cute ni buatkan ramai orang tercari-cari di mana nak beli Lamzac Hangout yang kacak lagi bergaya ni.

Kalau produk ni datang Malaysia, mungkin ada orang jual di Lazada Malaysia tak pun di Lelong.com.my. Itu pun kena tunggu la, sebab produk ni agak baru lagi. So belum ada orang Malaysia nak jual Lamzac Hangout ni.

Tunggu Lazada Malaysia je bawa masuk Malaysia, itu pun kalau ada orang nak jual dengan harga berpatutan.

Dekat Indonesia ada jual? Mungkin belum ada lagi.

Tahu Berapa Harga Lamzac Hangout Ni?


Harganya dalam USD 65-70 kalau dah convert kepada duit Malaysia, harganya dalam RM280 juga la. Mahalkan?

Normal la, harga mahal mesti la guna kualiti barang terbaik.

Lamzac Hangout Online Shop Malaysia


Must have
Posted by Le360 on Sunday, March 20, 2016


Instant Sofa, dengan sekali tarik je dah terkumpul angin masuk ke dalam perut Lamzac Hangout ni. Biar gemuk asalkan sedap nak baring-baring, tak payah guna bantal dah. Selesa!

Benda ni khas untuk mereka yang suka camping or travel jauh. Kalau kaki travel sana sini dengan destinasi bajet, korang perlu ada satu benda wajib ni. Iye lah, mana nak tahukan kalau-kalau nak tidur hostel atau hotel bajet tapi katil tak cukup atau apa, boleh jadikan sofa instant ni sebagai tempat tidur.

Kalau ada jual kat Malaysia ni, aku wajib beli. Ye la senang nak landing depan TV sambil baring-baring dengan sofa gemuk ni. Baru la selesa.

Apa Itu Lamzac Hangout?


Lamzac Hangout adalah sebuah beg besar yang boleh korang isi udara dengan kira-kira 600 liter udara ke dalam bag tu dengan hanya beberapa saat. Ia mempunyai berat 1.2 Kg.

Ia juga boleh menjadi sebagai kerusi dan juga tempat berbaring secara menegak, dan ia juga boleh menahan berat sehingga 200 kg.

Lamzac Hangout diperbuat daripada nilon yang tahan lasak.

Ia telah dicipta oleh Marijen Oomen dan memulakan kerjaya di rancangan televisyen Belanda pada tahun 2010. Oomen tidak memenangi pertandingan itu, tetapi masih membuat keputusan untuk memulakan syarikat sendiri. Mereka mula menjual produk ini pada tahun 2012.

Nama Lamzac diilhamkan dari perkataan Belanda  iaitu "Lamzak" yang bermaksud orang malas.

Kaisr Original Video Promo



Info :
Ada produk sama seperti Lamzac Hangout, tapi ia diberi nama sebagai KAISR Original.
https://www.indiegogo.com/projects/kaisr-original-the-ultimate-inflatable-air-lounge. Tidak pasti sama ada Lamzac Hangout mengunakan pattern dari mereka atau mereka hanyalah ciplak idea daripada KAISR Original.


Lamzac Hangout Malaysia

Harga Lamzac Hangout Malaysia

Lamzac Hangout Malaysia




0 comment... add one now