Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

MAPS | Movie Animation Park Studios TERBAIK!


MAPS | Movie Animation Park Studio di Ipoh, Perak adalah salah satu tarikan Taman Tema yang bertemakan Animasi yang pertama di Asia dan juga Malaysia. Selepas kejayaan taman tema Legoland Malaysia dan kini yang terbaru bakal muncul di Ipoh Perak.

Movie Animation Park Studio yang terletak di lokasi Bandar Meru Raya Ipoh hasil daripada Twentieth Century Fox World yang dijangka siap pada pertengahan tahun Julai 2016.

Yang best nya, Taman Tema baru MAPS yang terletak di Ipoh Perak ini adalah sebahagian besar bertutup dengan penghawa dingin, jadi pelawat yang hadir tidak akan terasa cuaca panas, basah dan juga lembap di Malaysia ini. Jadi kurang sikit la berpeluh kan? Tak gitu? Itu yang best..

Aku tak sabar nak tengok suasana tempat ni macam mana. Lost World Bukit Tambun pun dekat dengan MAPS, Bandar Raya Ipoh bakal jadi pusat pelancongan lah jawabnya. 

Kawasan tengah di antara Penang dan Kuala Lumpur, buatkan Ipoh menjadi tempat pilihan yang sesuai buat duit di kota raya bijih timah ini.

Dulu masa aku duduk Ipoh mana ada apa sangat, tapi sekarang macam macam benda bangunan dah naik. Makin maju Ipoh ni, sesuai kepada remaja, pelajar lepasan universiti yang nak cari kerja tu pergi je lah kat Ipoh sebab di sana banyak pusat bandar membangun, banyak benda baru boleh kita cuba.

Lagi pun kos sara hidup di Ipoh takdelah mahal sangat macam tinggal di KL dan Penang ni. Jadi carilah kerja kat Ipoh ni ye.

Apply Jawatan Kosong Movie Animation Park Studio MAPS


Jawatan Kosong Malaysia Animation Park Studio MAPS

Aku baru saja apply jobs jawatan kosong Movie Animation Park Studio (MAPS) ni. Doakan semoga aku dapat ye, bukan apa sebab aku tertarik dengan suasana tempat kerja yang happening macam tu.
Yang mana mahu Apply Job Kerja di Movie Animation Park Studio boleh apply sekarang http://www.mapsperak.com/careers
Lagi pun tak salah nak luaskan pengalaman dalam bidang yang berkaitankan? Sayanglah kalau aku belajar dulu dalam bidang Hotel & Catering Management tak apply job ni kan?

Mesti ada kedai Tok Aba nak jemput aku jadi partner dia miaga ayaq kopi BoboiBoy. Boleh kot kalau aku minta Ochobot bagi aku super power nanti..... Boleh lawak si kepala petak hijau tuu.. Hahaha

Apa Yang Menarik Di MAPS Movie Animation Park Studio, Ipoh Perak?

Yang menarik semestinya ada pelbagai jenis karakter animasi yang ada di dalam taman tema tu. Terdapat juga banyak jenis makanan dan minuman yang bertemakan filem animasi popular seperti Tok Aba Cafe dari kartun Boboiboy dan juga bermacam-macam kedai-kedai di seluruh kawasan seluas 52 ekar beb!

Jenuh nak menapak! LUAAAASS ok!

Taman Tema Movie Animation Park Studio (MAPS) ini akan menampilkan lebih 40 Rides untuk Stunt Legends Zone, Zone Animation Dream Work dengan watak animasi popular mereka seperti Peabody And Sherman, The Croods, Megamind dan juga Casper The Friendly Ghost.

Selain itu ada juga animasi tempatan, seperti Boboiboy.


Zone-Zone Yang Terdapat Dalam Movie Animation Park Studio

1) Animation Square Zone

  • BoboiBoy 4D Adventure
  • BoBoiBoy Animation and Sound FX
  • Animation Square Stage Show
  • Cartoon Factory

2) DreamWorks Adventure Zone

  • Mr Peabody & Sherman Adventure
  • Casper’s Spooky Mansion Dark Ride
  • The Croods Coaster
  • Megamind MegaDrop


3) Fantasy Forest Zone

  • Indy’s Treehouse HQ
  • Upsidedown Pyramid
  • Red Barron Flyer
  • Wet Play Area
  • Forrest Carousel
  • Fun Factory


4) Blast Off Zone

  • The Starship
  • MAPS TV Live Broadcast
  • Live Animation Theatre
  • Space Bandits Ride
  • Bumper Cars


5) Stunt Legends Zone

  • Alpha Force Stunt Show
  • Bravo Force Stunt Show
  • Delta Force Stunt Show




Tahu Berapa Kos Pembinaan Taman Tema Movie Animation Park Studio Ini?

Taman Tema MAPS ini yang dibina dengan kos sekitar RM450 JUTA! Satu pelaburan yang besar dan akan menjadikan Ipoh tempat pelancongan terbaru di Malaysia nanti.

Taman Tema yang terletak di Meru Raya, Perak ini dijangka menarik sejumlah 1.4 juta pengunjung pada tahun pertama operasi dimana penduduk tempatan akan membentuk 80% dan warga asing 20%.

Jadi kepada mereka, peluang menjadi sebahagian daripada Team MAPS adalah sangat cerah. Korang boleh submit resume ke link di atas. Cepat sebelum tarikh tutup diumumkan. Pembukaan Taman Tema ini berlangsung pada pertengahan June Julai 2016 ini.



Harga Tiket Taman Tema Movie Animation Park :
http://www.mapsperak.com/ticketing-info













Malaysia Movie Animation Park Studio


Persiaran Meru Raya 3,
Bandar Meru Raya 3,
30020 Ipoh, 
Perak,
Malaysia


BUY TICKET MOVIE ANIMATION PARK STUDIO ONLINE
Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi 


IPOH OFFICE


Level 8, Perak Techno-Trade Centre
Bandar Meru Raya,
Off Jalan Jelapang,
30020 Ipoh, 
Perak, Malaysia
T: +605 501 5666



KL OFFICE


D-16-02 Menara Mitraland
No. 13A, Jalan PJU 5/1,
Kota Damansara PJU 5, 
Petaling Jaya, 
47810 Selangor Darul Ehsan, 
Malaysia
T: +603 7499 0092


2 comments.. read them below or add one

Datin Tyka Datin Tyka Mac 09, 2016
memang animasi sungguh tu
Nurul Shahira Nurul Shahira Mac 09, 2016
Uih, best ni. Kalau animation Twentieth Century Fox World, mostly best-best.