Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Drama Mr Boss Miss Stalker TV3

Mr Boss Miss Stalker TV3

Mr Boss Miss Stalker TV3 Drama


Drama Mr. Boss Miss Stalker merupakan terbaru dari terbitan Saphire Screen Sdn Bhd dari adaptasi novel Mr. Boss, Miss Stalker karya penulisan daripada Aesya Azahar. Barisan pelakon dalam drama ini dibintangi oleh Ashraf Muslim dan Mia Ahmad sebagai pelakon dalam watak utama.

Drama dari arahan Heykal Hanafiah dari adaptasi novel ini mempunyai sebanyak 20 episod dan akan ke udara selepas tamatnya Drama Cinta 100Kg di bulan April 2016 ini di Slot Dahlia TV3 setiap hari Jumaat hingga Ahad pada jam 7.00 Malam.

  • Tajuk Drama : Mr Boss Miss Stalker
  • Jumlah Episod : 20 
  • Tarikh : April 2016
  • Masa : Setiap Jumaat hingga Ahad jam 7.00 Malam
  • Saluran :  TV3
  • Slot : Dahlia
  • Pengarah : Heykal Hanafiah
  • Skrip : Sofia Rhyland
  • Terbitan Daripada : Saphire Screen Sdn Bhd

Sinopsis Mr Boss Miss Stalker Drama TV3


Sara Azreen diberikan tugasan untuk menyelidik latar belakang suspek pembunuhan Tan Sri Jalil, bernama Hariz Zhafran. Disuruh untuk memohon kerja di Mentari Angkasa Sdn Bhd, syarikat milik Hariz Zhafran membuatkan mereka berdua mula saling tertarik.

Namun, tugasan baru Sara Azreen untuk membuat Hariz Zhafran jatuh cinta kepadanya demi memudahkan siasatan meresahkan Sara Azreen apabila dia terpaksa melibatkan hati dan perasaan dalam siasatannya.

Apa yang merumitkan lagi keadaan ialah Hariz Zhafran melamarnya. Perlukah dia beritahu Hariz Zhafran perkara yang sebenar atau terus mengikut arahan Encik Hamzah untuk memerangkap Hariz Zhafran?

Novel MR. BOSS, MISS STALKER

Novel Mr Boss Miss Stalker
Harga
RM 21.00




Pelakon Mr Boss Miss Stalker TV3 Drama


  • Ashraf Muslim watak sebagai Hariz Zhafran
  • Mia Ahmad watak sebagai Sara Azreen 
  • Riz Amin watak sebagai zzudin 
  • Miera Leyana watak sebagai Ria
  • Shazmeer watak sebagai 
  • Nazeera Sardi watak sebagai 

OST Lagu Tema Mr Boss Miss Stalker TV3


Lagu tema drama Mr Boss Miss Stalker dinyanyikan oleh kumpulan Forteen dengan lagu berjudul "Dekat Tapi Jauh".




Gambar Pelakon Drama Mr Boss Miss Stalker

Pelakon Mr Boss Miss Stalker
Gambar Pelakon Mr Boss Miss Stalker


Novel MR. BOSS, MISS STALKER

Novel Mr Boss Miss Stalker
Harga
RM 21.00



0 comment... add one now